Flora Stream Diamond Necklace
Diamond dan Platinum mempersembahkan pilihan rantai berlian, semuanya dilitupi kilauan putih. Ini akan membuatkan tetamu di Raya kelihatan berseri dan anggun. Koleksi La Gaia sangat mewah, dengan nilai kejelasan untuk menjadikannya lebih menawan. Rekaan cukup elegan dan masih diulit rasa klasik, menyerikan gaya Syawal Flora Stream Diamond. Barangan batu berlian dibuat dalam emas putih 18k termasuk 158 berlian bulat semulajadi yang mewah secocok menampakkan kelangsingan leher wanita moden.
Diamond Wreath Dangle Brooch
Seterusnya, tidak lengkap Raya tanpa kerongsang Diamond Wreath, aksesori glam sentuhan penamat gaya Raya. Terokai kerongsang eksklusif berlian bermotif alam semulajadi, pilihan halus dan feminin yang boleh distail sebagai pendant dalam rona emas putih 18k dan 61 berlian bulat semulajadi sejumlah 0.5 karat.
Rekaan mewah koleksi perayaan oleh Diamond & Platinum dan Nurita Harith akan tersedia bermula dari Mac 2023. Untuk sebarang tempahan temu janji, pertanyaan atau maklumat lanjut, lewati bilik pameran untuk tatapan peribadi atau pembelian dalam talian rasmi di Diamond & Platinum.