Selain bergelar penghibur dan pelakon, kini Lady Gaga turut melakar kebolehan baru sebagai seorang model memperaga himpunan Marc Jacobs di pentas New York Fashion Week, Khamis lalu. Penyanyi versatil ini muncul di persembahan koleksi musim luruh 2016 Marc Jacobs sebagai tanda sokongannya terhadap pereka ini serta industri fesyen yang sangat dekat dengan hatinya.
“Tujuan saya di sini adalah untuk Marc, merealisasikan visinya. Semua ini bukan kerana saya tetapi untuk hasil rekaannya,” jelas Lady Gaga kepada media.
Marc Jacobs mengetengahkan himpunan serba suram dengan konsep noir “little creatures” menggunakan rona gelap, fabrik sarat serta rias Goth berlainan untuk setiap modelnya. Namun ternyata kemunculan Lady Gaga yang kini sering bekerjasama dengan Marc Jacobs menjadi tumpuan. Turut memperaga dalam koleksi ini adalah Kendall Jenner.
A photo posted by Lady Gaga (@ladygaga) on
@ladygaga backstage at the Marc Jacobs Fall '16 show ? #MarcJacobsLive #MJFW16 ? by @lightboxer
A video posted by Marc Jacobs (@marcjacobs) on