Pereka fesyen memainkan peranan yang penting dalam mereka cipta rekaan untuk para selebriti di majlis dan acara besar. The Golden Globes Awards 2025 sememangnya dihadiri para selebriti dengan gaun yang cukup menangkap mata!
Golden Globes Awards 2025, majlis anugerah tahunan untuk pengiktirafan kecemerlangan dalam filem dan produksi televisyen Amerika pada tahun 2024. Berlangsung di Beverly Hilton, Beverly Hills, Acara ini menampilkan gaya selebriti memukau di karpet merah.
Pereka fesyen sememangnya memikul tanggungjawab besar dalam memastikan para selebriti tampil menawan di majlis dan acara besar. Mereka bukan sahaja mencipta rekaan pakaian yang elegan dan unik, tetapi juga memastikan setiap reka bentuk mencerminkan personaliti dan imej selebriti tersebut.
Balmain
Lakaran gaun khas Balmain untuk Elle Fanning di Golden Globes 2025.
Gaun Couture asal dibuat daripada tulle dan bulu, manakala gaun Elle Fanning diperbuat daripada satin dengan bustier bertatahkan manik bercorak haiwan, yang boleh dilihat dalam koleksi pra-musim luruh 2025 jenama tersebut. Gaun itu dilengkapi dengan tali pinggang ikonik, satu perincian yang juga terdapat dalam koleksi pra-musim luruh Balmain.
Dior
Lakaran gaun Dior Anna Sawai untuk Golden Globes 2025.
Gaun Dior tersebut memerlukan 450 jam kerja dan menampilkan bustier kulit putih serta skirt lilit satin-kulit putih.
Melengkapka gaya Anna Sawai, dia memakai chocker tebal berona perak untuk memberi efek menonjol.
Prabal Gurung
Lakaran gaun Atelier Prabal Gurung Nikki Glaser untuk Golden Globes 2025.
Nikki Glasser kelihatan cukup elegan dalam gaun satin sutera tanpa lengan yang meleret dan perincian roset di bahagian pinggang.
Giorgio Armani
Lakaran gaun khas Giorgio Armani Privé Demi Moore untuk Golden Globes 2025.
Foto: Getty ImagesDemi Moore menyarung gaun sutera berona champagne tanpa tali khas Giorgio Armani Privé, dihiasi dengan perincian geometri melengkung yang bertatahkan kristal Swarovski.
Givenchy
Lakaran asal daripada Arkivis di Givenchy Haute Couture yang dibeli oleh Ariana Grande.
Ariana Grande menyarung gaun daripada koleksi Haute Couture S/S 1966 oleh Hubert de Givenchy di Golden Globes 2025.
Gaun sutera kuning lembut ini direka dengan gaya draping dan lilitan pada potongan bias, serta menampilkan korset yang dipenuhi manik jahitan tangan.
Baca: Gaya Selebriti di Palm Springs International Film Awards 2025