Lana Condor mencipta nama menerusi lakonan dalam filem Netflix “To All The Boys I Loved Before”, yang tanpa diduga menjadi hit. Boleh dikatakan, filem genre komedi romantik itu, came on the right time. Menandakan filem cinta remaja baharu untuk golongan muda era kini. Langsung, mencetus fenomena tersendiri. Lana Conrad yang bergandingan bersama Noah Centineo, mula menjadi pujaan ramai remaja. Dan bulan Februari nanti, “To All The Boys I Loved Before” bakal melancarkan filem bahagian terakhir, selepas terbitan dua siri.
Lana Condor antara pelakon baharu yang memiliki cita rasa unik dalam fesyen. Biarpun masih baru dalam dunia lakonan, Lana telah pamerkan pelbagai ‘looks’ yang ada impaknya. Pada tahun 2019, Lana menghadiri majlis MET Gala buat pertama kali dengan memilih busana Giambattista Valli Couture. Bahagian bahu dibiarkan terdedah sepenuhnya, menampakkan kematangan Lana kala bermain dengan fesyen. Fabrik ringan busana tersebut, menyerlahkan lagi sisi elegan Lana. Terutama sekali melihat tubuhnya bergerak-gerak sewaktu busana itu dilayangkan. Lalu, menyingkir penampilan biasa Lana yang ditonjolkan sebelum-sebelum ini. Salah satu momen fesyen Lana yang terbaik setakat ini.
Evolusi stail Lana amat mengagumkan. Ada kalanya, Lana memilih penampilan bernada feminin, dan terkadang tampil ‘boyish’ dalam padanan sut atau seluar. Dan rambutnya dibiarkan sisir sleek ke belakang. Atau dibiarkan tekstur beralun. Menyaksikan sisi Lana yang berbeza-beza.
Sejak menceburi bidang seni lakon, Lana aktif menghadiri pelbagai acara filem, termasuklah yang penting dalam kalendar seni, Golden Globes, MTV Music & TV Awards, Golden Globes after party dan banyak lagi.
Berdasarkan kajian, Lana ‘selesa’ menggayakan busana yang bercetak, terutamanya floral. She’s always in floral dresses. Antara fesyen karpet merah lain Lana yang terbaik ialah sewaktu majlis pelancaran filem “To All The Boys I Loved Before”. Lana muncul dalam dres mini berlisu Valentino. Reka bentuk dres yang konvensional juga menjadi pilihan utamanya. Namun, perincian kontemporari yang terdapat pada rekaan yang pernah disarungnya menyempurnakan personaliti Lana sebagai gadis muda yang menjalani kehidupan dalam era millennials. We can’t wait to see more from Lana.
Sumber gambar: Google
Artikel berkaitan: Stylish Girls On Instagram Last Week