Mahalini bakal kembali menaklukkan pentas Malaysia dan sebelum menyaksikan sendiri penampilannya di Bukit Jalil, EH! mengimbas kembali deretan gaya pentas penyanyi Indonesia ini yang bukan sahaja memukau menerusi persembahan, malah turut mencuri perhatian dengan pilihan fesyen yang berani, dramatik dan penuh karakter.
Bakal kembali menemui peminat Malaysia menerusi Latihan Pestapora Malaysia 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. Edisi kedua festival rentas negara ini menghimpunkan barisan artis dari Malaysia dan Indonesia, termasuk Tulus, Bernadya, Juicy Luicy, MALIQ & D’Essentials, Nadhif Basalamah dan Mahalini.
Menariknya, festival ini dijanjikan berlangsung selama 12 jam, dari tengah hari hingga tengah malam, dengan satu pentas utama serta pelbagai aktiviti di sekitar kawasan festival. Sementara menantikan kemunculan Mahalini di pentas Malaysia, EH! menyorot beberapa outfit pentasnya yang paling mencuri perhatian.
Intai Outfit Pentas Mahalini Raharja Favourite EH!;

Gaun Copper keemasan
Kalau bercakap mengenai gaya pentas Mahalini, sukar untuk tidak menyebut gaun pembukaannya di KOMA Live in Kuala Lumpur baru-baru ini. Mahalini sendiri mengakui bahawa dia cukup teliti dalam soal penampilan di pentas. Dia juga terlibat secara langsung dalam pemilihan busana yang digayakan sepanjang konsert. Ketika membuka persembahan menerusi lagu “Mati-Matian.” Mahalini tampil dalam gaun rona copper keemasan rekaan Wiki Wu. Siluetnya yang sculptural serta permainan rona metalik memberikan efek mewah sebaik sahaja dia muncul di atas pentas.

Gaun Warna-warni
Kembali ke pentas Indonesian Idol sebagai tetamu istimewa dalam Result & Reunion Indonesian Idol XIV yang berlangsung pada 25 Mei 2026, alumni Indonesian Idol musim kesepuluh ini mencuri perhatian menerusi penampilan solonya membawakan lagu “Batasi Rasa”, sebelum kemudiannya bergabung bersama finalis Niki Becker dan Celyna Grace untuk membawakan “Sisa Rasa”. Mahalini tampil anggun dalam gaun rekaan Katherine Key Atelier, menampilkan siluet dramatik yang menyerlahkan sisi feminin dan elegan penyanyi itu. Pilihan rona memberikan sentuhan elegan pada penampilan, sekali gus melengkapi aura persembahannya di atas pentas.

Gaun Monokrom
Tampil dalam gaya dramatik, sensual dan theatrical ketika menjayakan “Retrospektif: The Concert” bersama Afgan, penampilan ini digayakan Mahalini untuk momen istimewa apabila dia berduet dengan Afgan membawakan “Sadis”, salah satu lagu ikonik Afgan daripada album Confession No.1. menerusi gaun hitam dengan material sheer yang dihiasi butang hitam, lengkap dengan skirt yang dihiasi bulu hitam dan putih. Sentuhan paling mencuri perhatian adalah brooch bunga merah 3D di bahagian dada yang menjadi pop of colour kepada look monokromnya. Kredit fesyen untuk look ini datang daripada pereka Indonesia Lisa Ju.

Gaya futuristic
Satu lagi look Mahalini yang tidak kurang mencuri perhatian hadir menerusi gaya futuristic dan avant-garde yang sarat dengan elemen dramatik. Penyanyi itu tampil dalam gabungan bustier putih biru dengan 3D pieces metalik pada bahagian dada, dipadankan bersama skirt hitam ruffle. Lengkap dengan platform heels, penampilan Mahalini terasa edgy, bold dan penuh karakter menyerlahkan keberaniannya bereksperimen dengan gaya pentas. Seetiap elemen hadir daripada label berbeza dimana 3D pieces oleh Loure Atelier, bustier oleh Etiquette White dan skirt oleh Impuls Somae yang disatukan menjadi satu look statement penuh drama.
Artikel Berkaitan: Gaya Selebriti & Pempengaruh Paling Stail Di KLFW 2026
