Vokalis serta penari utama kumpulan Kpop terkemuka EXO, Lay Zhang telah dilantik sebagai duta global pertama China bagi CALVIN KLEIN JEANS dan CALVIN KLEIN UNDERWEAR.
Lebih menarik, bintang K-pop ini juga tersenarai sebagai duta global sebaris dengan selebriti terkemuka seperti Billie Eilish, Justin Bieber, Shawn Mendes, Noah Centineo serta Yoo Ah In.
Menurut pihak Calvin Klein, beliau dilaporkan akan tampil dalam kempen “Fall 2019 CALVIN KLEIN JEANS and CALVIN KLEIN UNDERWEAR”.
Uuhhhmmm sir, slow down right thereeeeeee @layzhang OMGGGGG EXO’s Lay for Calvin Klein!!! pic.twitter.com/ZMxq7PGeaZ
— A D Y Y (@adyyaserios) July 30, 2019
Dalam pada itu, penampilan Lay yang hanya memakai seluar dalam itu dikhabarkan membuat peminat tegar kumpulannya yang digelar “EXO-L” berasa ghairah dan tidak keruan di laman sosial.
Meskipun sering memuat naik foto tidak berpakaian di Instagram miliknya, namun ini adalah penampilan pertama Lay tampil berseluar dalam.
Diasaskan pada tahun 1968 oleh Calvin Klein dan rakan perniagaannya, Barry Schwartz, CALVIN KLEIN adalah jenama gaya hidup global yang mencerminkan cita-cita yang berani, progresif serta nilai estetika yang menggoda.
Sependapat dengan itu, Calvin Klein juga telah membina empayarnya sebagai peneraju dalam gaya Amerika melalui nilai estetika serta inovatif yang bersih.
Untuk rekod, jualan runcit global produk Calvin Klein yang dipasarkan lebih daripada 110 negara itu telah melebihi nilai AS$9 bilion pada tahun 2018.