Stylish, ringkas, versatil! Inilah tiga perkataan yang terbayang di kepala bila melihatkan beg tangan terbaru Le Cadence yang saya simpulkan sangat beridentitikan Longchamp.
So Parisian! Melihatkan warna dan kepelbagaian saiz Le Cadence saya percaya inilah beg baru yang akan menjadi kesukaan wanita. Dan saya sebenarnya tak terkejut jika lelaki pun menyukainya.
Wanita sukakan beg yang mempunyai ciri yang versatil dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Dan itulah karakter yang ada pada beg tangan terbaru Longchamp ini. Le Cadence tak ubah seperti tas tangan tahan lasak, yang sesuai dengan setiap pergerakan seharian.
“Le Cadence ialah sebuah beg dengan aura semula jadi, menjadikannya pilihan spontan dan peneman yang meyakinkan dalam gaya hidup kita yang sibuk,” kata Sophie Delafontaine, Pengarah Kreatif Longchamp.
Beg ini punya ciri slouchy namun tak keterlaluan. Masih ada rupa struktur namun tak kelihatan kaku. Sepenuhnya menggunakan bahan kulit tebal menyerlahkan imej dan kesenian Longchamp.
HADIR DALAM DUA SAIZ
Le Cadence mengadaptasi kod visual tersendiri daripada identiti Longchamp, khususnya pada bahagian penutup (flap) ikonik. Turut lengkap dengan perincian logam rona emas pucat sebagai perincian dan kemasan sempurna kepada rekaannya.
Hadir dalam dalam dua saiz, Le Cadence menampilkan penutup dua lapis (double-flap closure) yang memberikan rupa lembut, berstruktur minimalis dan gaya elegan yang lebih bersahaja. Sama ada dalam saiz yang kecil atau yang lebih besar, Le Cadence boleh digayakan dalam pelbagai cara. CUkup versatile, boleh dijinjing, disangkut pada lengan atau digantung pada bahu
Pilihan warna yang dikurasi rapi agar sesuai untuk semua musim menampilkan rona asas yang malar segar seperti hitam, burgundy, coklat, dulce dan juga vanila.
“Ia adalah beg yang anda capai ketika bergegas keluar dari rumah pada waktu pagi, dan beg yang anda bawa bersama untuk bersiar-siar di Paris pada hujung minggu. Saya membayangkannya sebagai satu keperluan asas yang sentiasa kena pada tempatnya, dalam apa jua keadaan,” kongsi Sophie Delafontaine lagi.
Klik pautan Longchamp untuk melihat koleksi penuh beg yang bakal popular ini.
ARTIKEL BERKAITAN: City bags: 7 Beg Yang Wajib Ada Dalam Wardrobe Anda







