Lagi 10 hari Tahun Baru Cina bakal menjelma. Ia membawa rezeki baru buat bangsa Cina. Tahun ini, mereka merayakan tahun lembu. Untuk menambah keunikan tahun lembu ini, Longchamp turut bersama memilih untuk mengadaptasi haiwan ini pada koleksi khas. Maka, lebih ikonik motif lembu diserikan pada koleksi beg Le Pliage Cuir.
Mungkin lembu dilihat sebagai satu haiwan yang kuat dan ganas. Tetapi, lain pula kisahnya di Longchamp. beg Le Pliage Cuir itu dihiasi dengan watak lembu yang lebih mesra. Matanya di biarkan besar dan siap bertanduk kecil. Bagi menambah kecomelannya, lembu Longchamp ini direka sedang menggigit bunga daisy! super cute utuk sambutan tahun lembu 2021!
Beg koleksi khas ini hadir dalam dua saiz berbesa, beg tote dan beg untuk kembara. Bagi menambah nilai eksklusif, Longchamp menggunakan fabrik bercorak bunga daisy sebagai alas kain bahagian dalam beg. Bunga daisy juga dapat dilihat pada tali beg. Serta bahagian tali yang satu lagi pula dibiarkan merah, sebagai rona penting tatkala menyambut Tahun Baru Cina. Beg ini juga hadir dalam dua pilihan rona, hitam dan merah jambu pastel. Serta ada keychains untuk menambah gaya beg ini agar lebih fun.
Pautan Berkenaan: H&M 2021 Chinese New Year, Meraikan Kepelbagaian