Akhir tahun ini, serlahkan gaya kembara musim sejuk persis Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar. Penggayaan Uniqlo HEATTECH memberikan kehangatan dan keselesaan paling maksimum.
Ketibaan bulan November setiap tahun menandakan bermulanya musim percutian musim dingin terutamanya ke negara hemisfera utara di Eropah mahupun destinasi Asia popular seperti Jepun dan Korea Selatan. Jika anda merancang untuk bercuti ke destinasi bersuhu dingin nanti, lengkapkan bagasi stail anda persis pelakon terkenal, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar dengan koleksi HEATTECH daripada Uniqlo yang kini lebih hangat, ringan, selesa dan bergaya.
Koleksi HEATTECH musim luruh/sejuk 2022 terus meluncur laju dengan menggunakan inovasi teknologi terkini dalam menghasilkan rangkaian pakaian yang lebih minimalis, tanpa membuat padanan kelihatan lebih besar. Selain itu, musim ini juga himpunan ini hadir dengan lebih bervariasi menerusi pilihan warna dan rekaan yang boleh digayakan mengikut destinasi percutian berbeza.
The Heat Goes On
Sejak dilancarkan pada 2003, Uniqlo HEATTECH telah diinspirasikan daripada rangkaian pakaian dalam Uniqlo Dry yang diperkenalkan dahulu. Sehingga musim ini, setiap koleksi terus mencabar sempadan rekaan dan teknologi dalam penghasilan koleksi yang penuh inovasi. Dan paling utama, anda boleh mendapatkannya dengan cepat dan mudah secara dalam talian pada harga mampu milik.
Selain menghangatkan diri dengan teknologi retensi haba terkini, koleksi pakaian ini juga boleh didapati dalam tiga paras kehangatan iaitu HEATTECH, HEATTECH Extra Warm dan juga HEATTECH Ultra Warm, bergantung kepada destinasi percutian dan tahap kesejukan yang berbeza. Koleksi Uniqlo LifeWear ini juga kekal bergaya dan trendy untuk padu padan dalam merefleksikan gaya hidup dan stail peribadi tersendiri
HEATTECH Makes Winter Fashion Hot
Sama ada buat lelaki, wanita mahupun kanak-kanak, Uniqlo HEATTECH akan melengkapi bagasi kembara musim sejuk dengan himpunan pakaian yang bergaya. Keselesaan terus menjadi keutamaan dalam setiap koleksi, dan kini dengan pilihan fabrikasi dan warna yang variasi untuk suai padan gaya yang merefleksikan ilham LifeWear sebenar.
Dari pakaian dalam kepada beanie, juga baju-t, stoking serta sarung tangan, koleksi HEATTECH Extra Warm turut hadir dalam pilihan material berbeza. HEATTECH Cotton merupakan teknologi baharu daripada Uniqlo buat yang mahukan keselesaan dalam pakaian kapas. Ia lembut dan cukup selesa apabila bersentuhan dengan permukaan kulit.
Eksklusif buat wanita, Uniqlo menampilkan himpunan Seamless Ripped yang terbaharu musim ini. Fabrik bergelung yang dihasilkan dengan mesin kait istimewa memberikan lapisan udara yang akan menghasilkan tekstur lebih lembut serta kehangatan yang lebih menyamankan. Selain rekaan sisi yang tidak berkelim, ia juga ringan dan tipis, selesanya bagaikan tidak mengenakan pakaian berlapis-lapis.
Koleksi Uniqlo HEATTECH boleh didapati di semua stor fizikal Uniqlo di seluruh negara, dan stor dalam talian Uniqlo Malaysia di sini.
Foto: Uniqlo Malaysia
Baca lebih lanjut: Uniqlo Airism Yang Ikonik! Lembut Lagi Menyelesakan!