Penyanyi hip-hop tersohor negara, Zamaera baka hangatkan pentas Road to FAM Kuala Lumpur pada 21 Mei ini.
“Biarku dengan jeans biruku,” itu antara bait lagu Negatif dendangan KRU yang satu masa dahulu cukup hit. Lagu itu adalah satu gambaran anak muda yang yang mahu kebebasan sama ada dari segi ekspresi, cara mereka berfikir mahupun bertindak. Ia juga adalah satu metafora kaitan generasi muda dengan denim dan juga muzik.
Denim dan muzik sering saja beriringan, dari generasi ke generasi, denim dilihat satu lambang gaya ranggi dan muzik yang berekspresi. Sama juga dengan Levi’s, sejak dulu sering saja mengangkat pemuzik sebagai wajah utama kempen mereka. Terbaru, Levi’s mengundang Beyonce sebagai wajahnya. Tidak hanya terhad kepada pelantun ritma antarabangsa, Levi’s juga menyanjung pemuzik tempatan. Daiyan Trisha dan Noh Salleh antara figura muzik lokal yang pernah bekerja rapat dengan jenama denim tersohor dunia ini.
Terkini, bersempena dengan ulang tahun jean ikonik 501®, Levi’s®, sekali lagi menunjukkan sokongannya kepada muzik menerusi kerjasama bersama 88rising melancarkan Road to FAM yang mana projek ini merupakan sebuah siri muzik percuma di beberapa kota di Asia Tenggara seperti Singapura, Jakarta, Manila dan juga kota metropolitan kebanggan kita, Kuala Lumpur. Siapa 88rising? Ia sebuah platform pengedaran muzik serta kandungan berteraskan komuniti yang membina bakat generasi baharu artis muzik Asia.
“Road to FAM mencerminkan hubungan 150 tahun Levi’s® dengan muzik dan ekspresi diri, bermula daripada peranan jeans 501® dalam revolusi jazz dan hip-hop sehinggalah kepada simbolik ketahanan serta ketabahan para artis. Selama 150 tahun, Levi’s® dan 501® telah menjadi sebahagian daripada pergerakan muzik dan budaya di seluruh dunia,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Levi’s®, Kenny Mitchell.
Setiap kota yang dijelajah Levi’s® akan diwakili seorang bintang, dan siapa yang akan menggegarkan pentas di Kuala Lumpur? Tidak lain dan tidak bukan penyanyi hip-hop ternama Zamaera. Bagi Zamaera pemilihan ini adalah satu penghormatan buat dirinya apabila penyanyiw anita diberi kepercayaan untuk mewakili Malaysia di FAM. “saya ingin menunjukkan kepada dunia apa yang mampu dilakukan oleh KL,” kongsinya.
Tiga lagi artis utama yang akan menyertai FAM ialah Zack Tabudlo dari Manila. Zack merupakan penyanyi lelaki pertama Filipina yang berjaya mencapai 1 bilion penstriman di Spotify menerusi lagu ‘Binibini’. Singapura akan diwakili Fariz Jabba yang hit dengan lagu ‘Ape Sia’ manakala Ramengvrl yang membolot lima trofi di Anugerah Musik Indonesia akan mewakili Jakarta.
“Road To FAM” Kuala Lumpur bakal menggegarkan ibu kota pada 21 Mei 2025, bermula 8:00 malam di Over and Above Club! Aksi Zamaera di pentas ini akan ditemani DJ Damien dan DJ Roshan. Anda yang ingin hadir ke malam yang penuh inspirasi muzik ini boleh mendaftarkan diri di pautan khas http://levi.com.my/pages/road-to-fam.
Kemuncak siri jelajah muzik ini akan diraikan kemuncaknya di Festival Future of Asian Music, FAM Bangkok, di mana para penggiat seni bergabung dalam sebuah pertunjukan kolaboratif. Tambah menarik, festival muzik ini akan menukar rupa stesen keretapi bersejarah Hua Lamphong serta kawasan kejiranan Talat Noi menjadi sebuah ruang festival muzik yang cukup gah.
INSPIRASI GAYA FESTIVAL MUZIK LEVI’S®
Muzik dan fesyen sering melangkah seiringan dan semestinya Road to FAM ini akan lebih stail dengan pilihgan gaya yang tepat. Levi’s® menghidupkan kembali koleksi Summer Lifestyle dengan pelbagai helaian yang bukan sahaja selesa namun ‘menang gaya’. Ini 15 helaian yang menjadi pilihan EH! sebagai inspirasi gaya festival muzik anda.