Cermin mata hitam bukan hanya sebagai pelengkap gaya harian anda, malah juga melindungi mata dari bahaya sinaran UV. EH! pilihkan yang terbaik menjelang musim percutian.
Buat yang mencari cermin mata hitam untuk digayakan bersama gaya harian, mungkin koleksi terbaru Sun 2017 dari jenama Police ini boleh jadi pilihan anda.
Ciri-ciri koleksi kaca mata baharu Police ini berinspirasikan daripada rekaan yang lalu tetapi ciptaan kali ini ia lebih beridentiti moden dan menyuntik penampilan yang lebih stail.
Musim ini himpunan daripada Police mengetengahkan bingkai tradisional dengan struktur dan material yang super-inovatif. Ia terbahagi kepada empat kelompok yang mana setiap satu darinya hadir dengan produk yang spesifik dan mempunyai objektif tersendiri ; Heritage Urban (gaya metropolitan dan tersendiri), Heritage Sport (kasual dan selesa), Discovery (bukan konvensional dan lebih inovatif) dan Fast Fashion (trendy dan menarik perhatian).
Sun 2017 adalah koleksi kaca mata pertama Police yang direka oleh Enrico Furlan, Pengarah Rumah Kreatif baru untuk De Rigo Vision.
Koleksi Sun 2017 turut berkolaborasi dengan enam orang selebriti popular tempatan. Berikut adalah enam selebriti tersebut.
2. Ameera Khan
3. Eyka Farhana
4. Syafiq Kyle
5. Kamal Adli
6. Aedy Ashraf
* Dapatkan Police Headphone secara PERCUMA pabila anda membeli apa sahaja produk kaca mata Police dan nikmati diskaun sebanyak 40% dari sekarang sehingga 31 Disember 2017 di outlet MOG terpilih.
- Facebook MOG : https://www.facebook.com/mog.eyewear.fanspage/