2. HO-YEON JUNG
Model Korea Selatan, Ho-yeon tampil dengan busana yang anggun dan berelemenkan angkasa lepas. Bintang “Squid Games” itu tiba di permaidani dengan memakai gaun manik metalik daripada koleksi ready-to-wear musim bunga 2022 Louis Vuitton.
Gaun itu menampilkan korset yang longgar dipadankan dengan skirt berbentuk air terjun bersulam kristal dan manik perak. Dia memadankan rupa dengan anting-anting dan cincin daripada Koleksi Barang Kemas Tinggi Louis Vuitton.
