CUKUP CHIC! LOEWE LANCARKAN RANGKAIAN BEG GOYA YANG MENJUNJUNG GAYA KLASIK BERBALAS MATERIAL CALFSKIN JITU. HADIR DALAM SENSASI WARNA YANG MEMIKAT.
What’s new from Loewe? Loewe, jenama fesyen premium yang semakin meraih perhatian di kalangan penggemar fesyen dan bintang media sosial. Gen Z diperhatikan makin menggilai beg-beg kreasi Loewe. dek desain dan ilham rekaannya yang luar biasa, yang mana sering mengangkat nilai seni sebagai inspirasi. Reka bentuk beg Loewe juga seringnya tampil dalam ukuran yang tidak konvensional. I guess, different is good right?
Loewe menghadirkan deretan beg Goya, sempena kehadiran musim baharu. Yang diramal menjadi item fesyen hangat. Sudah pun terlihat menghiasi ‘feed’ Instagram para penggila beg. Struktur tegas yang kaya warna dibaluti material kulit calfskin yang lembut dan nyaman menjadi perhitungan cemerlang Goya. Rekaan Goya mula dipersembahkan kala pementasan Loewe musim luruh/sejuk 2021 yang lalu, lantas mencuri tumpuan dan tersenarai antara beg hangat musim baharu.
Goya merefleksikan warisan kerajinan kulit persembahan Loewe serta menjadi simbol dinamik antara material kulit dan kesan moden yang jitu. Terdiri dari tiga ukuran untuk tujuan yang berbeza, iaitu Goya, Goya Small, dan Accordion Clutch, serta cardholder sebagai aksesori tambahan. Pada EH!, Goya nyata menjunjung faktor klasik yang agam, disempurnakan lagi dengan material memesona.
Beg Goya dilengkapi dengan anagram Loewe sebagai fokus utama. Mengekalkan sisi mewah beg. Tali bahu juga menambah fungsi beg yang bisa dijadikan opsyen gaya, misalnya sandang atau silang. Ikut keselesaan si pemakai. Satu beg dengan variasi gaya. What can we ask more? Satu pelaburan fesyen yang berbaloi bukan?
Bukan stail semata-mata, bahagian dalam beg Goya memiliki beberapa bahagian seperti ruang-ruang yang dilengkapi kancing. Simpan item keperluan dengan ringkas, tanpa rasa rumit. Mengukuhkan aspek kefungsian pada Goya, terbukti sebagai rekaan beg yang mendefinisikan multi fungsi, selain keutamaan pada stail.
Artikel berkaitan: ‘RIMOWA Never Still’, Dedikasi Para Jetsetter