LOEWE PAULA’ IBIZA 2021 MELETAKKAN FOKUS PADA ESKAPISME. MOMEN-MOMEN INDAH SEWAKTU MUSIM PANAS MEMBENTUK TITIK FOKUS LOEWE DALAM HIMPUNAN PAULA’S IBIZA 2021. MERUNGKAI ‘THE SPIRIT OF LETTING GO’.
Saban musim, Loewe tidak gentar dalam perihal fesyen dalam setiap koleksi yang dipersembahkan, sejak jenama ini dipimpin secara kreatif oleh Jonathan Anderson. Arus gaya Loewe untuk himpunan Paula’s Ibiza 2021 sama sekali tidak mengikut norma gaya yang biasa. Sewaktu mereka koleksi ini, sambutan musim panas di kota merupakan ilham terbesar Loewe. Rasa bebas, pergerakan yang tidak terbatas juga keriangan bercanda di tepi pantai adalah bayangan Loewe dalam menyempurnakan koleksi Paula’s Ibiza musim baharu.
Lantas, koleksi yang memuatkan pakaian dan aksesori yang cukup bebas jiwanya, pun begitu tersemat aspek vibrant yang menonjolkan sesuatu rekaan iu. Karakter ‘effortlessness’ turut memaut, yang mana menaruhkan koleksi yang tidak kompleks, ringkas secara kasarnya, memberi opsyen gaya yang mudah.
Khusus musim ini, Paula’s Ibiza 2021 memuatkan rekaan lelaki dan perempuan, yang mana Loewe merasakan sudah tiba saatnya untuk semua gender dapat menikmati erti disebalik koleksi ini. Maka itu, Loewe memperkenalkan siluet-siluet baharu yang ada beberapa rekaan bersifat klasik dan formal. Misalnya, deconstructed blazer khusus lelaki dan serangkaian dress dan helaian atas yang boleh disuai padankan dengan celana pelbagai rupa, bagi meningkatkan stail musim panas. Gambaran sempurna untuk bergaya kala melancong pada musim panas.
Setiap aksesori yang terkandung punya karakter dan attitude tersendiri. Loewe juga banyak bermain dengan corak, yang sememangnya cukup akrab dengan trend utama musim panas. Corak-corak dari arkib Paula juga dikembalikan dan diolah dengan ‘semangat’ baharu, bergabung dengan logo LOEWE, lalu membentuk inspirasi terpenting terhadap setiap rekaan. Corak-corak geometri pada beberapa helaian penting, misalnya dress kaftan dan seluar, dicadangkan untuk dijadikan kunci gaya dalam musim ini.
Perihal aksesori Loewe Paula’s Ibiza 2021 memang cukup menakjubkan. Aspek playfulness menunjangi semua aksesori, terutamanya beg. Pelbagai rupa dan bentuk beg yang ditawarkan. Ada bakul Anagram yang diperbuat dari kumpulan artisan wanita dari Colombia yang sangat berbakat. Barisan beg tersebut yang cukup unik, mengait perhitungan gaya fluidity, bersifat feminin, sarat dengan warna-warni dan over-the top, tetapi pada dasarnya ia boleh digayakan oleh gender lelaki atau wanita. Butiran penting seperti ruffles yang ada pada key bags-Balloon dan Pochette, memperlihatkan rekan bentuk yang craftty, bijak menggaburi jantina dan kreatif.
Untuk kempen fesyen Loewe’s Paula’s Ibiza 2021, jurugambar Gray Sorrenti sekali lagi diundang untuk menangkap imej kempen yang diadakan di bangunan-bangunan berwarna sekitar kawasan Merida dan Campeche di Mexico.
Artikel berkaitan: TOD’S Shirt Bag, Tawar Reka Bentuk Beg Yang Unik