Tidak perlu lagi terbang ke luar negara untuk mendapatkan barangan terbaru Longchamp. Atau lupakan seketika berkunjung ke pusat membeli belah. Kerana norma baru sekarang lebih digalakan untuk membeli secara E-dagang. Kerajaan pun sudah mula mempromosikan sistem jualan atas talian. Bukan sahaja makan minum, malahan untuk keperluan diri juga wajar kita praktikan sistem E-dagang
Makanya, jenama ini terus menyahut usaha murni ini dengan memperkenalkan sistem E-dagang baru mereka. Ia telah dilancarkan pada minggu lalu, dengan satu koleksi beg yang dikhaskan hanya boleh dibeli melalui laman sesawang mereka. Beg ikonik Le Pliage ditaruhkan sebagai item wajib miliki. Tapi apa kelaiannnya? Beg Le Pliage Tour Eiffel membiaksan rasa Paris. Sebagai lambag ikonik Paris ditambah pada permukaan beg ikonik Longchamp.
Tidak perlu lagi terbang ke Paris. Hanya untuk mendapatkan Le Pliage. Kini melalui laman sesawang baru yang didedikasik kepada pasaran Malaysia sudah mempunyai himpunan lengkap. Misi pelancaran E-dagang ini juga untuk memberikan servis terbaik seperti khidmat pelangggan dengan penghantan 1-3 hari. Himpunan musim bunga 2021 menjadi taruhan pertama buat E-dagang mereka di Malaysia.
“Saya percaya yang jenama kreatif seperti Longchamp ini akan menarik lebih ramai pengguna melalui inovasi serta kualiti produk kami,” ujar Jane Cassegrain selaku Ketua Pengarah Eksekutif Longchamp.
Pautan Berkenaan: Kendall Jenner Mengetuai Selebriti Bangku Hadapan Pementasan Longchamp Fall/Winter 2020