Bayangan ombak yang berirama, sinaran mentari di kulit, dan hembusan angin laut menjadi inspirasi utama koleksi Ready-to-Wear Longchamp Summer 2026.
Musim ini, Longchamp segalanya tentang kebebasan, diterjemahkan melalui siluet ringan, cetakan berani dan palet warna yang mencuri perhatian.
Corak madras muncul sebagai highlight musim ini, permainan kotak berwarna-warni yang seolah-olah dilunturkan oleh cahaya matahari dan air laut. Ia menghidupkan kembali siluet klasik seperti kimono dengan sentuhan moden.
Warna pistachio hijau dan merah jambu udang mencipta kontras segar, manakala fabrik seperti kapas hingga kulit memberikan dimensi unik. Blus berleher ruffle dan skirt panjang yang dipadankan bersama pakaian renang menyerlahkan gaya santai tetapi tetap sofistikated.
Selepas sesi surfing, gaya beralih kepada jalur grafik yang bold dan moden. Gaun berjalur lebar dengan vibe kasual-chic menjadi pilihan utama. Inspirasi rugby shirt diberi sentuhan feminin melalui potongan cropped dan lengan tiga suku. Jalur-jalur ini seakan ombak yang bertindih, bergerak selari dengan langkah wanita moden yang bebas dan yakin.
Musim ini juga menyaksikan evolusi simbol ikonik jenama, kuda Longchamp. Ia tampil lebih dinamik, seiring dengan semangat musim panas yang santai dan penuh energi. Warna coral, lagoon dan mint mendominasi, mencipta visual seolah-olah lukisan matahari terbenam di tepi pantai. Butiran seperti pasir dan garam yang ‘melekat’ pada ilustrasi menambahkan elemen realistik, seakan membawa kita terus ke suasana percutian.
Baca: 4 Kasut Longchamp Koleksi Spring 2026 Perlu Ada, Dari Ankle Boots ke Ballet Flats






