Berlangsung sehingga 4 Januari tahun hadapan, pop-up ini menghimpun item yang sesuai dijadikan bingkisan hujung tahun yang cukup stylish and trendy!
Berlokasikan di hadapan butik Louis Vuitton di The Exchange TRX, rumah fesyen Paris ini membina pop-up istimewa meraikan ketibaan musim percutian hujung tahun,
Le Voyage des Lumières dalam bahasa Melayu membawa maksud Kembara Cahaya.
Tarikan utama pop-up ini semestinya binaan di tengah-tengah ruang pop-up yang mana binaan rumah ini diinspirasikan daripada kediaman keluarga Louis Vuitton sendiri yang terletak di Asnières. Kediaman yang terletak lebih kurang 10 kilometer dari pusat bandar Paris ini adalah lokasi yang menjadi pusat kelahiran jenama Louis Vuitton sendiri.
AKSESORI MENARIK
Pop-up ini turut dilengkapi dengan aksesori dan item yang sesuai dijadikan sebagai bingkisan hujung tahun – dari barangan kulit seperti dompet, beg mini, haruman, bag charms, kaca mata, buku kembara ikonik Louis Vuitton dan banyak lagi. Pengunjung juga berpeluang menerima ‘hadiah’ istimewa dengan setiap pembelian.






