Koleksi Louis Vuitton untuk musim panas 2021 merupakan sebuah undangan bagi sesiapa yang ingin mengembara liburan dengan asyiknya di pulau-pulau indah. Atau bercanda di kota raya, menjelajahi seni bina bersejarah. Ditemani dengan koleksi sarat warna dan seni yang menghangatkan hasrat berlibur.
Dari warna terang ke pastel, bayangan berlibur mewah di Malibu atau misalnya berenang tenang dalam kolam di destinasi Riviera, dapat ditarik kesimpulan koleksi Louis Vuitton musim panas 2021. Yang tidak lepas dari semarak warna-warna berani musim panas.
Ya, anggap sahaja anda sedang berlibur di destinasi-destinasi hangat percutian. Dambakan persalinan merangkumi aksesori yang ditingkatkan kehadiran perincian warna pastel dan corak memikat sebagai penambah estetika. Pakaian mandi bersama padanan sama beg tangan dijadikan taruhan utama, mendapat perhatian khusus dalam rekaan motif Damier, disuntik warna pastel beragam untuk menghangatkan rencana percutian.
Jika memutuskan untuk tidak berlibur kemanapun dan hanya ingin menghabiskan hari-hari tenang tanpa urusan pekerjaan, berjemur di samping kolam renang rumah merupakan pilihan tepat.
Kaca mata dan sandal slides yang rancak bermunculan dalam koleksi musim panas tahun ini akan menjadi sahabat setia kala bermalasan di tepi kolam renang sambil terik matahari menerjah. Tampak stylish, sekiranya kaki tersarung sandal tebal dan skaf mengikat kepala atau tuala mandi dilapikkan pada tubuh.
Rekaan beg tangan pula hadir dalam pelbagai bentuk dan fungsi. Selain pilihan warna pastel yang memikat, terdapat gantungan kecil pada beg menyuguhkan sesuatu yang playful. Sematan ‘bag charms’ bereka bunga-bungaan sangat sesuai bagi para penyuka gaya eklektik bercampur feminin. Strap dengan taburan warna-warna musim panas yang meriah juga dapat menjadi salah satu alternatif pelengkap gaya liburan.
Artikel berkaitan: Glamorama Zendaya, Juita Fesyen Valentino