Louis Vuitton dengan penuh keterujaan melancarkan pembukaan The Art of Gifting Pop-Up di Suria KLCC, berlangsung dari 23 Ogos hingga 7 September 2025.
Next Station; Kuala Lumpur! Selepas memulakan perjalanan di tiga kota di China, Louis Vuitton Art of Gifting pop-up berlabuh di Kuala Lumpur sebagai destinasi keduanya di Asia. Pastinya pembinaan pop-up ini tidak seharusnya dilepaskan kerana inilah satu-satunya pop-up sebegini oleh Louis Vuitton di Asia Tenggara.
Memilih ikon Malaysia iaitu menara berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC), rumah fesyen Paris ini membina pop-up berkonsepkan keretapi seiring dengan imejnya yang bermula sebagai sebuah jenama yang memperkenalkan gaya kembara nan penuh stail.
Diinspirasikan daripada semangat pengembaraan Maison yang penuh sejarah, lalu diberi nafas baharu seiring dengan gaya hidup generasi masa kini, pop-up eksklusif ini menghadirkan pengalaman jual-beli moden dan imersif, direka khas untuk pencinta gaya yang mementingkan personaliti atau individualiti, pengembaraan penuh cita rasa serta menghargai nilai budaya dalam percutian.
Pop-up ini menawarkan variasi produk dari Louis Vuitton yang cukup sempurna dijadikan bingkisan buat keluarga, teman-teman mahupun yang tersayang ataupun bingkisan korporat seperti sniker edisi terhad, bag charms, cermin mata hitam, skarf, barangan kulit kecil dan pelbagai lagi.
Lebih istimewa, item tertentu seperti botol haruman boleh dipersonalisasi secara langsung di lokasi, memberi peluang kepada pengunjung untuk menghasilkan karya yang benar-benar unik.
Lagi satu, saya secara peribadinya tertarik dengan City Guide bookstand yang saya fikir spot terbaik untuk OOTD selain rangkaian bukunya yang memang menarik. City Guide adalah buku panduan kembara yang sudah menjadi signature Louis Vuitton. Saya berharap suatu hari nanti mereka akan menerbitkan City Guide Kuala Lumpur pula.
Masih ada seminggu lagi, jadi jangan lepaskan peluang untuk ‘mengembara’ bersama Louis Vuitton. Sila buat janji temui terlebih dahulu di pautan yang kami sertakan ini, klik link INI untuk membuat appoinment.