Mula dipentaskan sewaktu peragaan koleksi musim bunga Louis Vuitton 2003, Louis Vuitton x Murakami pantas mencetus fenomena seawal pengenalan itu.
“Kolaborasi kami (Louis Vuitton dan Murakami) telah menghasilkan pelbagai kerja tangan dan ia sangat berpengaruh dan menjadi inspirasi kepada ramai orang,” kata Marc Jacobs pada tahun 2009 mengenang kembali betapa besarnya pengaruh koleksi kolaborasi rumah fesyen Paris itu dengan artis terkenal Jepun, Murakami.
Marc Jacobs yang menduduki kerusi Pengarah Artistik louis Vuitton dari tahun 1997 hingga 2013 itu menjemput Takashi Murakami untuk berkolaborasi untuk ‘meminjamkan’ seni lukisnya kepada koleksi musim bunga Louis Vuitton 2003.
Murakami ‘menceriakan’ koleksi tas tangan monogram dengan plaet warna-warna terang seperti merah jambu, turquoise, kuning dan juga hijau. Sebaik dipentaskan tas tangan dari koleborasi ini terus menjadi amat popular. Ia menjadi pilihan selebriti popular era itu seperti Lindsay Lohan, paris Hilton dan Nicole Richie.
Malah penyanyi Jessica Simpson yang pada waktu itu baru mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan 98 Degrees, Nick Lachey juga akrab menjinjit tas tangan Louis Vuitton x Murakami di dalam siri Newlyweds yang hangat bersiara di era itu.
TERUS GAH SELEPAS DUA DEKAD
Tahun ini, selepas lebih dua dekad diperkenalkan, Louis Vuitton memanggil kembali Murakami untuk satu koleksi yang lebih istimewa. Bersama-sama, mereka telah menyediakan lebih 200 item untuk koleksi yang mula dilancarkan hari ini.
Louis Vuitton × Murakami adalah satu lagi bukti betapa komitednya Louis Vuitton dalam mengangkat hasil kerja seni yang kreatif serta berinovasi, dan kolaborasi bersama Takashi Murakami adalah satu jalinan kerjasama tepat sementelah figura yang dilahirkan di Tokyo itu seoprang yang penuh dengan imaginasi dan panca warna. Murakami sudah sekian lama menjadi sanjungan di peringkat antarabangsa kerana gabungan unik seni tradisional Jepun, sains-fiksyen, anime dan watak kawaii yang unik.
Koleksi Louis Vuitton x Murakami yang awal dulu diterjemah semula khususnya corak Monogram Louis Vuitton yang ikonik, tidak terhad kepada tas tangan semata, koleksi ini sudah berkembang ke pelbagai item seperti skarf, kaca mata, aksesori seperti sepatu dan juga bercambah ke koleksi minyak wangi.
Antara yang menjadi hihglight koleksi ini semestinya tas tangan seperti Keepall, Coussin, Dauphine, OnTheGo, Alma BB dan tidak lengkap andai tiada Speedy. Tas-tas tangan ini tampil dengan corak monogram yang berwar-warni, dan sebahagiannya juga diperindah dengan tambahan objek lakaran ikonik Murakami. Monogram pancawarna ini turut diserlahkan pada rekaan tali pinggang, kasut baji, dompet dan Rolling Trunk.
Bakal dilancarkan menerusi tiga peringkat, selepas edisi satu ini dilancarkan, bakal menyusul koleksi kedua yang dimeriahkan dengan motif cherry blossom. Manakala untuk koleksi ketiga masih lagi menanti tarikh pengumuman pelancarannya.
ZENDAYA SEBAGAI WAJAH RASMI
Aktres ‘Dune’, Zendaya dipilih menjadi penghias rasmi kempen Louis Vuitton x Murakami, yang mana dia sendiri sudah menjadi wajah global rumah fesyen itu sendiri. Jurugambar legenda, Inez and Vinoodh memegang kepercayaan untuk menhidupkan imaginasi kempen ini yang mahu menyuarakan energi moden dan semangat kreatif antara Louis Vuitton dan Takashi Murakami sendiri.
FOTO BELAKANG TABIR PEMBIKINAN KEMPEN
Ayuh lihat tiga potret belakang tabir, melihat aksi Zendaya di hadapab lensa saat merakamkan kempen Louis Vuitton x Murakami yang disempurnakan oleh Inez and Vinoodh. Dan untuk melihat koleksi penuh Louis Vuitton x Murakami boleh klik pautan INI!
BACA : Zendaya Disunting Sebagai Wajah Kempen Baharu Louis Vuitton