Lourdes Leon yang merupakan puteri sulung penyanyi legenda, Madonna dipilih sebagai bintang untuk kempen fesyen terbaharu Marc Jacobs.
Menerusi foto yang dirakam, Lourdes mempamerkan sisi dan semangat rebellious yang sekian lama menjadi signature ibunya.
Model berusia 24 tahun itu menggayakan rambut panjang berwarna merah dipadan dengan kuku rona serupa dalam foto kempen The Marc Jacobs Spring 2021 yang dilancarkan 16 Februari lalu.