Menerusi satu foto, Lourdes yang juga dikenali dengan panggilan Lola menyarung busana motif flora dengan stoking belang rona pelangi, manakala satu lagi foto menampilkan dirinya dalam bra berkilau, headdress warna-warni dan sneaker.
“Marc mempunyai sejarah yang panjang bersama Madonna justeru kami teruja untuk bekerjasama dengan Lola dan menampilkannya sebagai wajah kempen. Dia menonjolkan semangat muda dan sisi individualiti yang sempurna untuk menggambarkan jenama ini,” jelas jenama tersebut dalam satu kenyataan media.