Lourdes yang merupakan anak sulung daripada enam beradik memuat naik beberapa foto di Instagram berserta kapsyen, “MARCMYWORDSsssssssssss TY @marcjacobs.” Dia turut meletakkan tag pada beberapa individu yang terlibat dalam penggambaran tersebut.
Anak kepada Carlos Leon, pelakon dan jurulatih peribadi dari Cuba ini membuat kemunculan pertama sebagai model profesional pada usia 19 tahun pada 2016 sewaktu bergelar pelajar di University of Michigan, Amerika Syarikat.
Baru-baru ini dia membintangi kempen Juicy Couture dan pernah bekerjasama dengan jenama besar seperti Stella McCartney, Miu Miu, Gypsy Sport dan Converse.
Foto: Brianna Capozzi/Marc Jacobs