FENDI melancarkan kempen baru sempena koleksi kapsul Chinese Valentine’s Day 2021, yang menampilkan pelakon China Xu Kai dan Nazha.
Imej kempen dirakam oleh jurugambar Oliverjune, kempen ini menyajikan ceritera cinta cara FENDI melalui konsep gambar yang asli dan romantis. Atmosfera cinta dan ketulusan hati dijelmakan oleh pasangan Xu Kai dan Nazha. Terlihat tersenyum manis sambil berpegangan tangan, sambil itu memperagakan koleksi kapsul Chinese Valentine’s Day 2021 FENDI, bersifat romantis. Yang menawarkan gaya musiman yang tak lekang oleh waktu.
Xu Kai kelihatan segak dan tampan memakai sweater kait hitam yang menampilkan logo Karligraphy, dipadankan dengan seluar nilon untuk penampilan yang sederhana namun bergaya. Dengan karakter yang sama, dia menyarung kemeja putih dan kelabu yang menampilkan corak Karligraphy bentuk hati pula. Corak tersebut yang diintepretasikan semula untuk pasaran baharu, memberikan opsyen gaya buat para lelaki untuk tampil sepadan bersama teman wanitanya.
Skirt dan kemeja yang dipakai Nazha turut sama menampilkan corak yang sama, namun dipadankan dengan kardigan kait merah dan baju panas dengan nada warna yang sama serta corak bentuk hati. Sentiasa memancarkan gaya yang sangat moden berbalas motif yang diusung FENDI untuk menjadi paduan senada dedikasi pasangan kekasih. Corak-corak utama dalam koleksi ini, memberikan sentuhan personaliti yang unik langsung memancarkan pesona kuat pabila dipakai bersama.
Penampilan kasual namun menawan terlihat stylish jika digabungkan dengan rangkaian beg dari koleksi ini untuk statement gaya. Tas Mini Peekaboo yang sama menampilkan corak hati Karligraphy, sementara Mini Sunshine Shopper yang berwarna merah menyala kelihatan bertenaga dan elegan dengan pemegang rona krim.
Beg Tote Peekaboo ISeeU material nilon rona hitam cukup istimewa kerana bahagian poketnya boleh ditanggalkan atau dibiarkan mengikut kesesuaian gaya. Diilhamkan oleh stail rekaan FENDI Pack rona merah tua dengan logo FENDI Roma rona putih, melambangkan cinta dengan tonjolan gaya yang berani dan ketersendirian.
Barang kemas yang dihiasi dengan perincian kristal merah dalam versi logo Karligraphy dan dihiasi dengan hati merah untuk menambah sentuhan mewah pada penampilan si wanita khasnya.
#FENDI
Artikel berkaitan: 7 Sandal Wanita Terbaru, Kunci Gaya Kekinian