Koleksi outerwear yang menjadi pilihan terkini pemandu F1 tersohor dunia Lewis Hamilton dan juga atlet hybrid, Shota Yamaguchi ini direka sebaiknya demi memastikan keselesaan berada di tahap optimum.
Lululemon menggabungkan idea rekaan yang minimalis bersama material ringan untuk himpunan outerwear terbarunya. Dari zahirnya nampak tebal namun cukup ringan tanpa membataskan gerakan aktiviti anda.
Setiap helaian dihasilkan secara teliti dengan teknologi yang tersembunyi seperti penebat Featherweight selembut awan (dengan kuasa isian 900) hinggalah teknologi kehangatan premium ThermoZen™. Jadi, perubahan cuaca bukan lagi satu penghalang. Koleksi ini juga kini boleh didapati secara eksklusif di butik terbaru Lululemon di 1 Utama.
“Idea ‘Made to Feel’ sentiasa memacu cara kami menghasilkan pakaian luar di lululemon. Ditambah pula dengan pengaruh kuat kami dari wilayah Pacific Northwest, kami sangat memahami keadaan cuaca yang tidak menentu,” kongsi JJ Collier, Naib Presiden Rekaan Pakaian Luar (Outerwear Design).
Menurut Collier lagi, setiap perincian outerwear Lululemon direka untuk berfungsi dengan optimum, melindungi penggayanya daripada kesejukan, hujan, mahupun perubahan cuaca.
“Pendekatan rekaan kami yang mementingkan aspek gaya berupaya memenuhi kehendak pelanggan yang mahu tampil segak dan berasa selesa sepanjang hari,” tambah Collier.
Tiga Rekaan Optimum
Untuk koleksi outerwear terbaru ini, Lululemon hadir dengan tiga rekaan yang bukan sahaja melindungi tubuh dari kedinginan malah selesa mendakap badan.
Featherweight
Kehangatan maksimum tanpa beban berat. Sarat dengan bulu pelepah premium bersertifikat RDS (RDS-certified down) dengan kuasa isian 900. Ia juga kurang bahan isian tetapi lebih mudah dipadatkan (compressible), sangat ringan, namun tetap menawarkan lapisan kehangatan yang agak mewah.
ThermoZen™
Standard terbaik untuk cuaca sejuk. Sarat dengan bulu pelepah premium bersertifikat RDS (RDS-certified down) dengan kuasa isian 900. Kehangatan ThermoZen™ yang selembut bantal ini berpunca daripada penebat PrimaLoft® Gold. Manakala struktur mikrofiber unik pada penebat terkemuka industri ini mampu memerangkap poket udara kecil untuk mengekalkan kehangatan yang unggul, sambil memberikan rasa yang tersangat ringan. Direka dengan fabrik ikonik lululemon iaitu Glyde™—sejenis fabrik teknikal kalis air dan kalis angin dengan tekstur yang sangat lembut bak sutera.
Wunder Puff™
Outerwear yang wajib ada dalam almari untuk cuaca yang lebih dingin. Disempurnakan dengan bulu pelepah bersertifikat RDS (RDS-certified down) dengan kuasa isian 600. Koleksi ini semakin divariasikan dengan rekaan siluet baharu, termasuk jaket dan ves gaya bomber. Ia hadir dengan fabrik teknikal luaran SoftMatte™ yang bersifat kalis air dan kalis angin.









