Menyambut ulang tahun ke-10 koleksi Align™ daripada Lululemon, EH! senaraikan 10 helaian pilihan yang wajib dimiliki!
Sudah genap sedekad sejak Lululemon melancarkan koleksi Align™, barisan pakaian yang sinonim dengan keselesaan luar biasa dan potongan yang membentuk tubuh bagaikan kulit kedua. Sempena ulang tahun ke-10 ini, EH! membariskan 10 helaian pilihan kami daripada koleksi ikonik ini, termasuk beberapa item baharu yang turut mencuri perhatian. Setiap satu bukan sahaja bergaya, malah cukup sempurna untuk melengkapi gaya hidup aktif dan santai anda.
Baharu – Lululemon Align No Line™ High-Rise Pant 25″
Koleksi baharu lululemon Align™ hadir dengan sentuhan ultra ringan dan kelembutan yang memukau, sempurna untuk aktiviti yoga mahupun gaya santai harian. Kali ini, legging ini direka tanpa jahitan pada bahagian tengah depan, memberikan keselesaan maksimum serta penampilan yang licin dan anggun. Dengan potongan tinggi dan panjang 25 inci yang menjulur hingga ke buku lali, ia membalut tubuh dengan sempurna. Apa yang saya suka, bahagian pinggang legging ini menutup perut dengan kemas tanpa rasa ketat, malah turut dilengkapi poket tersembunyi untuk menyimpan barang kecil seperti lipbalm atau kunci.
Biasanya, saya rasa kurang yakin apabila berpeluh kerana risau legging menunjukkan kesan peluh. Namun, legging ini memberikan pengalaman berbeza, terasa sejuk dan ringan seolah-olah tidak memakai apa-apa, dan yang paling penting, tiada kesan peluh walaupun ketika bersukan dengan intensiti tinggi.
Baharu – Lululemon Align No Line™ High-Rise Pants 24″ Asia Fit
Sama seperti lululemon Align No Line™ High-Rise Pant 25 inci, tetapi hadir dengan potongan 24 inci yang lebih sesuai untuk wanita Asia serta mereka yang bertubuh petite.
Lululemon Align Palazzo Pant Regular
Versi palazzo bagi seluar lululemon Align™ yang lembut ini menonjol dengan pleat halus di bahagian depan dan potongan labuh yang luas serta flowy, sempurna untuk yoga mahupun gaya santai. Dengan potongan tinggi dan panjang penuh, seluar ini mengalir bebas dari pinggul hingga ke hujung, dengan inseam sepanjang 32 inci yang sesuai untuk ketinggian antara 5’5 inci hingga 5’8 inchi, membuatkan hujung seluar hampir menyentuh lantai dengan anggun.
Lululemon Align Cami Strap Dress
Koleksi lululemon Align™ ini juga hadir dalam bentuk dress. Dilengkapi dengan lapisan seluar disebalik dress ini, ia memberikan kebebasan maksimum untuk setiap pose dan postur anda. Direka untuk sokongan ringan bagi saiz B/C, dress ini mempunyai potongan ketat yang membentuk tubuh dan panjang sehingga pertengahan peha, sesuai untuk aktiviti ringan.
Lapisan seluar dalam sepanjang 4 inci ini menampilkan poket sisi, tali pinggang belakang terbuka untuk memudahkan ke tandas, serta bra untuk sokongan dan nampak cantik terletak. Poket juga disediakan, jadi senang untuk anda yang tidak suka membawa beg semasa bersukan.
Lululemon Align High-Rise Mini-Flare Pant Regular
Seluar lululemon Align™ juga menampilkan flare halus di hujung kaki. Dengan potongan tinggi dan panjang penuh, ia memeluk tubuh dari pinggang ke lutut sebelum mengembang perlahan ke hujung seluar. Inseam sepanjang 32 inci direka untuk menyapu lantai bagi ketinggian antara 5’5 inci hingga 5’8 inci.
Ciri-cirinya termasuk poket belakang, sesuai untuk senaman ringan seperti yoga atau bila-bila masa anda mahukan keselesaan yang tiada tandingan.
Lululemon Align High-Rise Skirt
Apabila rasa ‘tiada’ itu segalanya. Rasai kelembutan selembut mentega koleksi lululemon Align™ dalam skirt ini yang dilengkapi lapisan seluar dalam terbina. Direka untuk yoga dan gaya santai, skirt ini mempunyai potongan tinggi dengan panjang diukur dari tengah depan pinggang hingga hujung skirt mengikut saiz — 13.5 inci untuk saiz 0–2, 14 inci untuk saiz 4–6, 14.5 inci untuk saiz 8–10, dan 15 inci untuk saiz 12–14.
Lapisan seluar dalam sepanjang 3 inci mempunyai poket sisi untuk menyimpan barang kecil, manakala tali pinggang yang rata tidak mencengkam. Diperbuat daripada fabrik Nulu™ yang selembut mentega dan ringan, skirt ini menawarkan regangan empat arah, menyerap peluh, bernafas, serta mengandungi serat Lycra® untuk memastikan regangan dan mengekalkan bentuk.
Lululemon Align High-Rise Short 6″
Direka khas untuk yoga, legging ini mempunyai lapisan tambahan untuk liputan sempurna, potongan tinggi, dan panjang 6 inci. Warna cerah seperti putih dan warna terang lain dilapisi dengan lapisan kedua yang memberikan rasa lebih tebal sedikit tanpa mengurangkan keselesaan.
Poket tersembunyi di tali pinggang muat untuk kad atau kunci tanpa mengganggu pergerakan anda. Sesuai untuk senaman ringan seperti yoga atau bila-bila masa anda mahu rasa sangat selesa.
Lululemon Align High-Neck Bra Light Support, B/C Cup
Rasanya hampir sama nyaman seperti waktu savasana — itulah perasaan apabila pakai versi bra yoga lululemon Align™ ini. Bra ni membalut tubuh dengan kelembutan luar biasa, lengkap dengan potongan leher tinggi yang bagi cover tambahan bila kita membongkok ke depan dalam posisi yoga.
Sokongan yang diberi ringan tapi cukup untuk saiz B/C, sesuai sangat untuk aktiviti berimpak rendah. Selain itu, ia ada poket kecil yang praktikal dan potongan leher tinggi yang memang beri perlindungan ekstra. Memang pilihan ideal untuk yang nak rasa selesa tanpa kompromi gaya.
Lululemon Align Bodysuit 25″
Koleksi lululemon Align™ juga ada bodysuit yang memang best! Ia bagi sokongan ringan dan selesa, dengan saiz dari 0 hingga 14 sesuai untuk cawan A/B, dan saiz 16 hingga 20 untuk cawan C/D. Sesuai sangat untuk aktiviti berimpak rendah macam yoga atau stretching.
Potongan bodysuit ni ketat dan membentuk tubuh, dengan panjang 25 inci yang kemas. Ada bra terbina dalam untuk sokongan tambahan dan cover yang cukup, buat kita rasa yakin dan selesa sepanjang hari.
Lululemon Align Bodysuit 6″
Ada juga versi pendek, ia sangat ringan sampai rasa macam tak pakai apa-apa. Potongan dia ketat dan cantik memeluk tubuh, dengan panjang 6 inci yang memang sesuai untuk aktiviti aktif atau cuaca panas.
Anda boleh dapatkan koleksi lululemon Align™ di stor Lululemon atau di sini!
Baca: Lululemon ‘Together We Grow’ Menampilkan Duta Utama, Park Seo Joon