Virgil Abloh hadirkan koleksi ‘A piece of rainbow’, yang nyata menggamit memori awal Virgil bersama Louis Vuitton. Yang mana menghasilkan konsep peragaan warna pelangi, sebagai tanda meraikan diversifikasi dalam fesyen. Untuk koleksi ini, serangkaian pakaian bersifat sukan, direka dalam rona terang, bertujuan menggambarkan identiti generasi masa kini yang sedang melangkah setapak ke hadapan. Mula berevolusi seiring dengan masa.
“A piece of rainbow’-koleksi kapsul khusus lelaki yang dinamik dan menjulang kepositifan, mudah digaya dan dipadankan, seperti baju sejuk berhud dan helaian bermotif bunga monogram dilengkapi seluar sporty. Yang boleh dipadan secara bertentangan warna atau sepadan blok warna. Terbukti fleksibel, memberi ruang buat lelaki menggayakannya mengikut kesesuaian cita rasa peribadi.
Jaket blouson berlapis warna hitam tersedia dalam versi ringan, direka dalam rupa berkilat atau matte. Yang mengilhami variasi gaya untuk dipakai, saatnya berkelana atau menghadiri majlis. Disulam dengan corak monogram, warna hijau, oren atau biru terang. Satu koleksi yang bold. Turut menyediakan opsyen gaya, misalnya dipakai dengan lengan yang penuh atau tanpa lengan. Warna-warna terang yang bold dan bertenaga, seperti hijau, merah, jingga, hitam, kuning dan ungu. Trik gaya yang menjunjung warna melalui penampilan.
Sweater kasmir, berhud atau tidak, disemarakkan dengan getaran warna yang sama, manakala aksesori topi kasmir pula terdapat dalam enam warna yang berbeza. Dan dihiasi dengan logo LV pada bahagian depan. Turut sama, cermin mata 1.1 Millionaires yang ikonik, dengan bingkai ‘acetate’, direka semula dalam empat warna baharu. Menjadikannya aksesori hangat untuk stail musim sejuk.
Diperkenalkan pertama kalinya semasa pertunjukan Louis Vuitton musim bunga/panas 2019, LV Trainer juga dihadirkan dalam warna segar dan kekinian, seperti jingga, ungu, biru, kuning, hijau dan putih. Menjadikannya item fesyen mesti miliki musim ini. Pilihan warna yang beragam terjamin menyempurnakan stail musim sejuk kali ini.
Artikel berkaitan: Heron Preston Beri Evolusi Moden Pada Calvin Klien