Hackett London melancarkan rangkaian Polo T “Malaysia Polo” khusus lelaki terutamanya buat golongan yang meminati dan mengikuti perjalanan sukan polo di Malaysia. Sukan polo sudah sekian lama diasosiasikan dengan jenama hebat ini. Rangkaian koleksi edişi terhad ditawarkan buat julung kalinya.
Lebih membanggakan lagi, ianya direka khas, sama seperti rekaan yang pernah dihasilkan sebelum ini untuk negara-negara lain. Seperti Great Britain, Kuwait dan Arab Saudi. Negara-negara tersebut adalah negara yang terawal memiliki rekaan khas polo T ilham Hackett London. Kini, giliran Malaysia pula. Yahoo!
“Malaysia Polo” menampilkan rekaan yang cukup eksklusif. Nama “Malaysia” disulam pada bahagian belakang polo T. Dan bahagian depan kanan baju pula terpapar sulaman Jalur Gemilang. Ketelitian butiran tersebut menambah nilai seni pada koleksi ikonik ini.
Pastinya rasa bangga jika dipakai keluar jalan-jalan. Walaupun rekaannya bernada sukan, namun ia juga boleh dicadangkan untuk padanan dengan helaian formal lain (seluar kerja, jaket blazer) sekiranya mahu menonjolkan imej semi formal atau kasual. Menggabungkan elemen sukan dalam pemakaian adalah trik gaya yang bijak.
Polo T “Malaysia Polo” diperbuat daripada fabrik kapas bermutu. Sulaman yang memaut pada koleksi ini menambahkan lagi karakter pada baju. Hadir dalam kombinasi warna kelabu dan biru navy, menyediakan opsyen paduan gaya yang bervariasi. Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam telah dijemput untuk mendekati koleksi eksklusif ini dan mencuba sendiri rekaan tersebut di butik Hackett London, Pavilion Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan: Nabila Razali Idam Lelaki Pembersih dan Wangi