Falsafah fesyen Mango yang utama adalah mewujudkan komuniti, bersama dan berkongsi momen dengan orang tersayang. Melalui kempen baharu ini, bertujuan memaparkan beberapa protagonis yang istimewa iaitu keluarga sebenar. Setiap ahli keluarga berkongsi kisah mereka, mengungkapkan momen intim antara mereka dan dengan kumpulan lain, saat di mana mereka meraikan kekuatan dan keindahan perbezaan yang menjadikannya unik.
Tujuh keluarga yang menghiasi kempen ini berkumpul dalam satu perjumpaan dengan gaya Mediterranean yang tulen. Keluarga Garcia terdiri daripada tiga generasi; Devyn, ibunya dan neneknya. Adik beradik Clark (Bronte, Carter dan Darcy) muncul bersama ibu mereka, Caroline Barton. Keluarga Dia terdiri daripada saudara Alpha dan Ousseynou dan nenek mereka Birane.
Protagonis lain termasuk Chabernauds, dengan Clément sebagai ketua keluarga, ditemani oleh abang dan ayahnya. Terdapat juga dua pasangan, pasangan yang terdiri dari Gigi Ringel dan Eeva Lioni dan pasangan yang terdiri dari Julia Bergshoeff dan Camille Tanoh. Akhirnya, saudara perempuan Ashley Radjarme dan Shirley Radjarme ditampilkan sebagai keluarga terakhir dalam kempen ini.
Koleksi Mango musim luruh/sejuk 2021 menampilkan aspek yang berbeza, supaya setiap orang dapat mencari pakaian yang sesuai bertepatan dengan gaya peribadi mereka.
Fokus utama termasuk jaket dan helaian kait untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, serta warna neutral, kuning air, hitam dan putih, dengan paduan gaya elegan dan kasual, yang lebih relaks dengan gabungan gaya denim. Dedikasi wanita, jaket sut dalam pelbagai rupa, seperti tweed atau kulit, atau reka bentuk klasik. Aksesori yang diketengahkan pula adalah but, loafer kulit dan tas maxi.
Sebagai komitmen Mango terhadap kelestarian, khusus kempen ini, Mango akan menggunakan sepanduk iklan yang lebih lestari untuk julung kalinya. Yang akan dipaparkan di sekitar Madrid dan Barcelona. Ia adalah sepanduk bebas PVC, dengan kesan persekitaran yang lebih rendah dalam proses kitar semula.
Artikel berkaitan: LOEWE Goya, Obsesi Fesyen Baru Skuad ‘Influencer’