Dua hari sebelum sambutan hari Natal, dunia fesyen dikejutkan dengan pemergian top model, Stella Tennant. Kematiannya cukup terkesan pada orang fesyen. Banyak yang memuat naik momen mereka bersama Stella Tennant. Setelah berminggu, kini jawapan yang semua nantikan terjawab. Sebab mengapa dia meninggal dunia. Tennant mengambil nyawanya sendiri. Keluarga terdekat membuat satu lagi kenyataan media yang Tennant sebelum ini sebenarnya mengalami masalah mental yang tidak dikongsikan bersama orang ramai.
Pautan Berkenaan: “Muse” Fesyen, Stella Tennant Meninggal Dunia