Dari rutin harian ke gaya yang autentik, Scha Alyahya meneroka fesyen dengan praktikaliti dan sentuhan peribadi. Menerusi jenamanya, Ayaaya, Scha juga membuka ruang untuk pelajar tampil yakin, satu langkah kecil yang penuh makna.
Pada hari terakhir jelajah EH!Xperience Truck x Kérastase di City University, jenama tempatan AYAAYA tampil sebagai kolaborasi eksklusif, memberi peluang kepada para pelajar merasai sendiri sentuhan istimewa jenama ini. Di sebalik kesibukan yang penuh makna, Scha Alyahyaengas, pas dan wajah di sebalik AYAAYA turut meluangkan masa berkongsi falsafah gaya serta peranan peribadi dalam membentuk identiti jenama tersebut, refleksi cita rasa, perancangan, dan keberanian untuk mencuba.
Bagi Scha, gaya bukan sekadar mengikut trend, tetapi tentang bagaimana sesuatu itu terasa dekat dan jujur dengan diri sendiri.
Kalau Scha masih belajar, apa yang wajib ada dalam beg Scha setiap hari?
Kalau Scha masih belajar sekarang ni, benda yang paling wajib ada dalam beg Scha mestilah wipes!
Apa yang Scha rasa pelajar patut cari dalam ciri sebuah beg yang mereka guna setiap hari?
Ciri penting yang pelajar mesti suka dalam sebuah beg ialah strap. Betul kan? Senang nak sandang, lebih praktikal, dan paling penting memudahkan untuk dibawa ke mana-mana.
Satu item fesyen yang Scha tak boleh hidup tanpanya?
Handbag! Scha akan campak semua barang dalam handbag.
Siapa ikon gaya atau inspirasi Scha dalam fesyen?
Ramai sangat! Tapi kalau lokal saya suka Kim Raymond.
Adakah Ayaaya akan ada koleksi khas untuk pelajar di masa akan datang?
Saya mungkin akan ada koleksi khas untuk pelajar-pelajar di mana saya rasa mereka adalah target market saya. So I must have at least one.
Kalau Scha seorang pelajar universiti hari ini, warna apa yang Scha akan pilih dari koleksi Ayaaya?
Warna yang Scha akan pilih adalah warna bronze, because it goes with everything.
Kalau Scha boleh describe bag koleksi “Hey June” dengan satu perkataan, apakah ia?
Celestial
Scha lebih kepada ‘planned’ atau ‘go with the flow’?
semestinya a planner. I’m all about planning.
lagu yang melambangkan brand Ayaaya
Sebenarnya kalau era Scha, Scha suka relate dengan lagu-lagu Oasis.
Kalau Scha boleh beri satu nasihat gaya kepada pelajar yang baru nak ‘build their style’ , apakah ia?
Cari sesuatu yang betul-betul rasa dekat dengan diri awak. Tak perlu terlalu fikir nak “try ke tak”. You should try and experiment. Tapi mula dengan benda yang secara semula jadi rasa macam memang patut ada dalam hidup awak.
Contohnya, tiba-tiba awak perasan, “Eh, alamak… rupanya I suka lipstik warna gelap.” “Ataupun, eh, I actually suka pakai ear cuff!”
Macam Scha sendiri, Scha mulakan dengan sesuatu yang kecil. Tak perlu terus drastik. Cari satu benda yang kecil, yang buat awak rasa this is me. Lepas tu, just go with it. Percayalah, you’ll look amazing. Yang penting, give it a try!
Saksikan video Scha di sini!
Baca: Perihal Gaya Shalma Ainaa, Dan Mengapa Jacquemus Jadi Inspirasinya