Masa untuk Press Play, menari dan bergembira dengan ceraian fesyen penuh statement dari H&M Studio.
Saya ke Alila yang terletak di Bangsar minggu lalu, diundang melihat koleksi terbaru H&M Studio untuk musim bunga/panas 2022. Satu hal yang boleh saya simpulkan tentang koleksi ini sebaik sahaja memasuki ruang kamar yang tiap sudutnya diisi dengan koleksi ini ialah ‘bold and beautiful’.
Himpunan ini benar-benar menyuntik imej berani, baik dari segi warna, perincian mahupun coraknya, memang benar-benar menterjemah atmosfera stail muzik era 80 dan 90-an. Ya, gaya penyanyi di era itu yang menjadi inspirasi kepada himpunan ini. Gaya penghibur era tersebutlah yang kita banyak lihat yang cuba dihidupkan semula oleh Gen-Z ketika ini.
Dinamakan sebagai ‘Press Play’ H7M Studio mahu membangkitkan semangat berfesyen, tidak lesu dengan potongan dan warna yang selamat, mereka mahu penggayanya menghangatkan gerobok baju dengan cetakan fusion, berani dan juga aksesori statement.
Menurut Ann-Sofie Johansson, Penasihat Kreatif H&M, mereka mahu menghembus kembali semangat dan energy bergaya di kalangan penggemar fesyen. Baginya pada tahun 80-an hingga 2000-an, ramai yang cukup berani berfesyen, mengenakan helaian yang bold and daring, tidak tersekat apda satu gaya selamat semata. “Untuk musim bunga 2022 kami mahu kembali mengetengahkan jiwa fesyen yang berkuasa dan berpengaruh menerusi helaian dan aksesori yang mampu membawakan keriangan dunia fesyen,” ujarnya.
Koleksi ini boleh dibeli secara dalam talian bermula 24 Februari 2022 di sini!
10 PILIHAN EH!
Kami bariskan 10 helaian dan aksesori yang menggamit perhatian kami musim ini.