Jika anda dalam perancangan bercuti ke tempat sejuk hujung tahun ini atau awal tahun hadapan, siap sedia dengan helaian yang akan membantu menghangatkan tubuh. Uniqlo antara gedung fesyen yang patut ada dalam senarai. Satu yang saya suka tentang Uniqlo ialah kepintaran mereka mencipta helaian yang bukan sahaja urban dan moden dalam gaya minimalis, tapi teknologi yang diguna pakai pada material juga pembuatannya membuatkan ia cukup istimewa. Uniqlo cukup cerdik dalam mencipta ceraian yang praktikal.
Terbaru, Uniqlo melancarkan Advanced Hybrid Down Outerwear. Koleksi dibawah himpunan LifeWear ini menggabungkan teknologi baru yang dikembangkan untuk memanaskan tubuh penggayanya selain menicpta helaian yang berinovasi demi memberikan keselesaan kepada pemakai pada musim dingin.