Met Gala 2021 kembali dengan bertema kisah fesyen Amerika Syarikat dan yang hadir menafsir ikut cara unik mereka tersendiri.
Permaidani merah Met Gala 2021 dipenuhi dengan busana-busana indah. Setiapnya memberi penghargaan kepada tema In America: A Lexicon of Fashion. Ini antara kisah disebalik baju yang unik dan bagaimana ia menghubungkan tentang fesyen Amerika Syarikat.
Lili Reinhart, Christian Siriano
Pelakon manis, Lili Reinhart cukup menyimbolkan kecantikan asli gadis Amerika Syarikat. Khas buat penampilannya kali ini dia bekerjasama dengan Christian Siriano dengan membawa satu taman ke The Metropolitan Museum of Art. Tema Amerika Syarikat yang dipilih oleh pemenang Project Runway ini adalah bunga-bunga rasmi buat setiap 50 negari di USA!
Donatella Versace, Versace
Siapa boleh ingat baju pertama yang mereka sarungkan apabila tiba di USA? Donatella Versace boleh! Dia mengabadikan gaya pertama kali menjejak kaki ke tanah Amerika Syarikat dengan busana bondage Versace. Juga, menyatukan busana itu dengan skirt kembang sebagai satu penghargaan buat pereka agung Amerika Syarikat, Charles James.
Kim Kardashian, Balenciaga
Semua tercengang apabila Kim Kardashian hadir ke Met Gala 2021 serba hitam dari atas hingga ke hujung kain. Cuma berbaju-T yang melekat ke badan. Tetapi ini adalag satu penghargaan fesyen daripada Demna Gvasalia kepada USA yang mana tempat lahirnya baju-T! Pertama kali baju-T muncul ketika perang antara Amerika dengan Sepanyol pada 1898. baju-T memang pakaian klasik USA.
Asap Rocky, ERL
Apa seni fesyen yang cukup menyimbolkan orang Amerika Syarikat? Bagi Eli Russell Linnetz, pastinya akan jawab seni kuilt. Sejak kurun ke 17 lagi, seni jahitan kuilt ini popular di Amerika Syarikat. Kuilt di Amerika Syarikat dibawa oleh keluarga Cogswell yang berlayar daripada Bristol, England ke Bristol, Maine. Mereka membawa Wholecloth Quilts, yang dipercayai paling tertua di USA. Jaket kuilt ERL disarungkan oleh Asap Rocky dijahit mengunakan perca kain lebih dan kuilt antik.
Pautan Berkenaan: Braun Büffel Mendekati Idea Perspektif Micro/Macro