Mencoret ulang tahun yang ke-75, koleksi Bvlgari Serpenti kembali dengan sentuhan magis baharu, Infinite Tale of Serpenti.
Sebagai tanda meraikan perjalanan ikonik selama 75 tahun, Bvlgari memilih untuk kembali dengan menyuntik koleksi fenomena daripada jenama itu, Bvlgari Serpenti. Menggunakan ‘metamorfosis’ sebagai gambaran bagi koleksi kali ini, Bvlgari hadir dengan rekaan yang timeless dan seolah suatu penceritaan baharu iaitu, tiada penghujung kepada sesuatu perubahan.
Daripada siluet feminin, kepada cara penggayaan aksesori permata yang menawan, Bvlgari sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang sukakan kilauan permata. Koleksi ‘ular’ Bvlgari yang sebelumnya telah menerima pujian oleh legenda fesyen dan bintang Hollywood, Elizabeth Taylor. Ia juga telah memikat beberapa lagi ikon terkenal yang lain seperti, Marisa Berenson, Alicia Vikander dan Zendaya.
Serpenti Jewelry
Tidak ada sangkalnya lagi, kemewahan yang dipancarkan melalui koleksi Bvlgari Serpenti, sentiasa memukau mata para penggemarnya. Ianya bermula dengan mencetus satu fenomena tas tangan bergancu kepala ular, pada satu masa dahulu.
Kini, Bvlgari tampil kembali dengan rekaan aksesori reptilia yang malar segar. Kali ini diilhamkan oleh daya tarikan abadi mitos ular, koleksi barang kemas ini menampilkan garisan berliku-liku dan bentuk yang membaluti rekaan tersebut.
Serpenti Bags
Selain daripada koleksi barang kemas, Bvlgari turut hadir memperbaharui rekaan tas tangan ikonik mereka dengan daya tarikan baharu. Bermula daripada pilihan gabungan warna, hingga ke cara pertukangan, setiap perinci rekaan ini dicipta untuk menghasilkan rekaan yang memukau.
Jenama rumah fesyen ini memilih untuk menggabungkan kecanggihan moden, dengan keindahan glamor yang ‘in-trend’ pada masa kini. Oleh itu, rekaan koleksi kali ini mempunyai reka bentuk yang sukar ditandingi, dan lebih menarik perhatian penggemar fesyen.
Serpenti Watches
Lebih ikonik! Dilahirkan untuk mengisi setiap saat dengan pesona yang menawan, reka bentuk jam tangan Bvlgari ini sangat lain daripada yang lain. Rekaan kali ini menggambarkan jam tangan dengan perhiasan jiwa. Gaya aksesori yang disampaikan seolah memeluk pergelangan tangan dengan pesona yang memikat kepada si pemakai. Setiap rekaan dalam koleksi ini, memainkan peranan kod estetik yang telah menjadi tanda abadi gaya dari Bvlgari.
Selaras dengan mengekalkan warisan itu, Bvlgari juga telah melancarkan ‘Serpenti Factory’, merangkumi sebahagian wilayah daripada identiti ikon jenama ini. Apa yang lebih menarik untuk koleksi kali ini ialah, projek ini mempunyai kerjasama khas antara Bvlgari dan artis kontemporari antarabangsa seperti, Refik Anadol, Davide Quaola, Daniel Rozin dan ramai lagi!
Artikel Berkaitan: Bvlgari Serpenti, Tas Tangan Bergancu Kepala Ular Bernafas Baharu