Jenama fesyen terkemuka dunia, Jimmy Choo kini mempunyai pemilik baru. Michael Kors menyatakan yang mana dia telah bersetuju untuk membeli jenama kasut mewah tu pada nilai USD$1.2 bilion, sekaligus menambah satu lagi jenama global ke dalam retail Amerika Syarikat berikutan penjualan aksesori dan tas tangan mereka semakin jatuh merudum.
Banyak retail mengalami masalah penjualan yang semakin merosot sejak beberapa tahun ini dek kerana saingan hebat dari penjualan secara atas talian dan stor fesyen terpantas seperti TJMaxx dan H&M.
Dalam usaha untuk menarik peminat pembeli, Michael Kors telah menawarkan diskaun hebat, tetapi akhirnya memberi sebab kepada orang ramai untuk mereka berhenti seketika sebelum membayar harga penuh dan mengurangkan pembelian barangan berjenama.
Penjualan telah mula jatuh, merosot sebanyak 11 peratus pada suku terakhir, dan ramai pelabur telah pun menghapuskan satu pertiga daripada nilai saham pada tahun lepas.
Michael Kors kini dikatakan sedang dalam proses menutup 100 hingga 125 butik mandirinya, mengubahsuai lebih 100 buah stor dan menggandakan lebih reka bentuk yang lebih inovatif.
Michael Kors juga berkata yang mereka akan mengurangkan lebih banyak diskaun dan menjual lebih banyak barang ke stor department yang cenderung untuk menjatuhkan harga item untuk menghabiskan stok.
Pengambilalihan itu akan memberi Michael Kors satu peluang baru untuk pertumbuhan antarabangsa dan bertapak di pasaran kasut mewah. “Kami mengagumi gaya reka bentuk dan trend Jimmy Choo,” kata Michael Kors, pengerusi kehormat dan ketua pegawai kreatif dalam satu kenyataan.
Jimmy Choo telah dimulakan pada tahun 1996 oleh editor Vogue British, Tamara Mellon dan pereka Jimmy Choo. Stilettosnya, yang selalunya bernilai tidak kurang dari USD$ 1,000 dengan cepat menjadi kesukaan selebriti seperti Sarah Jessica Parker dan Princess Diana.
Pembuat kasut itu meletakkan jenamanya untuk dijual pada bulan April sebagai keluarga billionaire Jerman, Reimann, pemilik terbesar melalui pelaburan JAB Holding, yang cuba memindahkan tumpuannya dari barangan mewah. Ia sebaliknya mewujudkan empayar makanan dan minuman serta telah merangkul jenama seperti Krispy Kreme, Kopi & Teh Peet dan Caribou Coffee.
Baru-baru ini, dia membeli Panera pada nilai $ 7.5 bilion. Michael Kors berkata perjanjian itu mendapat sokongan dari JAB. Jimmy Choo akan terus dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pierre Denis, yang telah memegang jawatan tertinggi sejak 2012 dan sebelum ini merupakan eksekutif sebuah rumah mewah LVMH. Jimmy Choo mempunyai lebih daripada 150 kedai di seluruh dunia.