Akhir tahun ini menyaksikan satu lagi kolaborasi unik yang dilancarkan oleh Coach. Mereka memilih Mickey Mouse dan Kieth Haring untuk melonjakkan lagi jati diri sebagai simbol Amerika Syarikat. Pemilihan dua jenama gergasi ini adalah untuk mempertontonkan bahawa walau tidak seiring, ia masih boleh disatukan bersama. Maka, tiga jenama dibawah satu kolaborasi – Coach, Disney dan Haring menjanjikan satu himpunan yang mengangkat budaya pop dunia. Kongsi Vevers, pertembunga jati diri yang berbeza antara jenama ini yang memberikan impak lebih fun pada koleksi Mickey Mouse x Keith Haring oleh Coach ini.
“Biarpun sudah lama hasil seni mereka ini wujud, tapi ia masih relevan pada masa sekarang. Kami mahu merayakan hasil kerja mereka tanpa ada batasan lagi. Saya sendiri seorang collector dua jenama ini. I love Disney and I love Keith Haring,” kata Stuart Vevers, Pengarah Kreatif Coach
Bagi menandakan koleksi unik oleh Coach ini, mereka turut melancarkan satu pengalaman digital. Ia adalah Disney Mickey Mouse x Coach Exploratorium yang mana, pengguna boleh melihat video yang dibintangi oleh wajah utama kempen ini. Mereka adalah top model, Kaia Gerber, dan pelakon, Cole Sprouse. Selain itu termasuklah Kiko, Xiao Wen Ju and Myles O’Neal. Koleksi ini bakal tiba di butik Coach pada 28 Disember. Akan ada satu pop-up store eksklusif untuk smeuan melihat koleksi lebih dekat bermula 28 Disember sehinga 10 Januari 2021.
Pautan Berkenaan: “Saya Tak Suka Mekap Tebal”- Kaia Gerber