Miu Miu, antara rumah fesyen yang kerap meletakkan wajah-wajah baharu sebagai penghias kempen. Jika untuk musim-musim yang lepas, Hailey Steinfeld, Elle Fanning dan Storm Reid antara yang pernah ditampilkan. Dan untuk menyambut musim bunga 2021, pelakon Emma Corrin menjadi pilihan baharu. Emma Corrin tidak keseorangan, dia ditampilkan bersama anak-anak muda lain menggayakan fesyen Miu Miu musim baharu.
Selain Emma Corrin, Allisan Katz (pelukis), Kelsey Lu (penggiat muzik), Chloe (pelajar) dan Topsy (model), juga terpilih untuk menghiasi kempen fesyen Miu Miu. Kesemuanya dihimpunkan kerana mereka dianggap generasi yang tidak konfromis, beridentiti yang kuat serta memiliki bakat yang tersendiri. Siri kempen ini bertajuk “Mind Mapping” yang mengetengahkan dialog diantara mereka. Dialog yang berkisar tentang si pemerhati dan orang-orang yang diperhatikan.
Jurugambar profesional, Steven Meisel adalah individu yang merakam setiap imej dan mencipta konsep kempen. Konsep untuk kempen ini memfokuskan kepada dua pesona yang berbeza. Satu adalah mengenai personaliti sebenar mereka. Dan lagi satu sisi yang berbeza yang dirakam dalam set kamar tidur berilhamkan retro. Kontra yang bertentangan, namun mendefiniskan identiti gadis Miu Miu.
Artikel berkaitan: Coach x Champion, Penyatuan Dua Label Ikonik Amerika