Ketua pegawai kreatif Burberry, Riccardo Tisci baru-baru ini mengetengahkan koleksi musim percutiannya dengan idea cinta dan penyatuan dengan menampilkan beberapa socialist, model dan selebriti berpengaruh dalam satu kempen yang cukup festive berjudul What is love?
“I am connected to the idea of unity, togetherness and challenging the perception of what love is today. This for me is the real spirit of the season. It’s one of my favorite times of the year… No matter where I am in the world. I loved the idea of bringing together a group of people that have been so supportive of me since I joined Burberry to celebrate my first holiday campaign for the house” – Riccardi Tisci
Meraikan kebersamaan, kesatuan, harapan dan cinta, kempen ini turut menampilkan pelakon dan pengarah kreatif dari Korea Yoo Ah-In, Model transgender Lea T, pelakon hebat dari Beijing Zhou Dongyu, Model terkenal Rusia Sasha Pivavorave, art performer Boychild, Wu Tsang dan banyak lagi dalam satu video berdurasi satu minit yang dirakam oleh Mert Alas & Marcus Piggott.
Sempena koleksi musim percutian ini Burberry membariskan beberapa helaian dan aksesori ikonik untuk dipadankan buat menyambut Hari Natal dan tahun baru yang bakal kunjung tiba. Antara yang menjadi highlight adalah koleksi TB bag yang kini menjadi item wajib buat pencinta fesyen untuk tampil chic dan bergaya, slide gambar di bawah untuk melihat koleksi musim percutian pilihan EH!