Musim lalu, pereka fesyen dari Indonesia, Anniesa Hasibuan melakar sejarah dengan menjadi pereka fesyen pertama yang tampil dengan koleksi berhijab di New York Fashion Week, tetapi kali ini dia tampilkan dengan lebih kelainan dan mesej tersendiri.
Tahun ini, banyak jenama yang ingin mengambil kesempatan dengan membawa statement yang lebih ke arah politik ke dalam acara fesyen ini.
Anniesa memilih untuk memberikan maklum balas kepada polisi anti-pendatang yang mana Amerika Syarikat sedang berhadapan sekarang ini dengan membawa model pendatang serta anak-anak generasi kedua pendatang untuk memperagakan koleksi rekaannya.
https://www.instagram.com/p/BQiBVujAAa3/?taken-by=anniesahasibuan
“Bagi saya, fesyen adalah terbuka. Saya tidak mahu mendiskriminasi. Keupayaan untuk menyatakan kepelbagaian dalam perniagaan ini adalah nilai yang saya pegang. Kepelbagaian adalah erti fesyen bagi saya,” ujar Anniesa kepada ELLE.com.
“Acara ini adalah satu peluang untuk menunjukkan yang mana Islam itu cantik. Saya percaya semua orang patut dipersembahkan dengan peluang yang sama, terutamanya jika dia mempunyai minat, bakat dan kemahiran kerana tidak semua pendatang adalah ‘jahat.’ Kami telah membuktikan mereka yang cantik dan mereka juga menjana sumbangan yang besar kepada Amerika Syarikat,” tambahnya lagi.
“Mengenai larangan atau penyekatan terhadap masyarakat yang beragama Islam, saya rasa ia buatkan saya sangat sedih kerana yang pertama sekali, ibu saya juga seorang yang beragama Islam, tetapi bagi saya agama itu tidak patut menjadi isu untuk imigrasi,” kata seorang model yang bernama Chantal Kammerman, yang mana merupakan seorang warga Swiss-Afrika.
Meninjau semula kenangan ketika dia menghabiskan masa di dalam kem pelarian Syria pada tahun lepas, dia tertanya-tanya, “Adakah salah untuk melarikan diri dari negara anda hanya untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik? Hanya untuk masa depan yang lebih baik? Untuk mempunyai pendidikan yang sempurna? Ia benar-benar penting untuk kita datang bersama-sama. Bahawa kita berjuang untuk kebaikan. Dan kita membangun. Dan kita menyayangi. Dan kita menyokong antara satu sama lain. Saya akan berjuang untuk semua itu selagi saya mampu.”
“Perbezaan bukan sesuatu yang perlu kita takutkan, tetapi ia sesuatu yang perlu kita terima dan raikan. Kami punyai visi dan misi untuk membawakan keamanan dan fesyen adalah satu cara untuk kami sebarkan nilai-nilai kecantikan ini di seluruh dunia,”kata Anniesa.
https://youtu.be/6P5jAOUIuZY