KOLEKSI THE HERON PRESTON FOR CALVIN KLEIN TELAH TIBA DI KUALA LUMPUR. MENAWARKAN KOLEKSI YANG BERESTETIKA TIMELESS DAN PRAKTIKAL UNTUK SETIAP ACARA DEDIKASI LELAKI DAN PEREMPUAN.
Timeless dan praktikal, kekal menjadi esen terpenting Calvin Klein melalui reka ciptanya. Kolaborasi terbaharu, Calvin Klein bersama Heron Preston menghadirkan serangkaian sedia pakai dan aksesori, yang berpegang teguh pada estetika yang sama melalui perspektif Heron Preston.
Heron Preston, jenama yang semakin dikenali, mengeluarkan koleksi konsep minimal, sensual dan berjiwa muda serta berekspresi kebebasan, selain menepati selera pasaran sekarang. Helaian-helaian asas, seperti jaket denim, celana, kemeja T putih, dan pakaian dalam variasi potongan, supaya dapat digayakan oleh semua bentuk badan dan identiti wanita masa kini.
Essentials yang diertikan oleh koleksi The Heron Preston for Calvin Klein bukan sekadar pakaian asas yang utama, turut juga merangkumi fit dan potongan yang disesuaikan dengan semua wanita.
The Heron Preston for Calvin Klein terinspirasi dari kefungsian dan prestasi, yang mengutamakan praktikaliti dalam pemakaian harian. Tanpa menyingkirkan aspek stail yang bertujuan untuk memberi gaya padanan yang cemerlang, di samping itu menyerlahkan identiti si pemakai. Sama juga seperti ilham dalam mereka koleksi pakaian dalam untuk lelaki dan perempuan.
Selain stail, koleksi ini direka untuk setiap individu, maka itu Heron Preston dan Calvin Klein mahu mewujudkan inspirasi yang sampai ke peringkat global. It is for real people. Dedikasi buat golongan yang punya identiti tersendiri juga tidak gentar pada stail keindividuan. Siluet yang ringkas dan bersifat ringan, selain memberi keselesaan, ia mewujudkan stail keringkasan yang punya kekuatan tersendiri. Memberi opsyen untuk mencuba gaya padanan yang berteraskan identiti masing-masing. Warna utama yang ditawarkan dalam koleksi ini ialah hitam, putih, jingga, biru, kelabu, hijau olive, dan biru cair, yang akrab dengan trend warna musim bunga.
Selaras dengan konsep koleksi, penghasilan kempen memaparkan wajah-wajah masa kini yang berbeza-beza identiti, namun punya persamaan. Kaia Gerber, Ashley Graham, dan ikon muzik, Nas, antara bintang utama kempen. Jordan Alexander dan Sabrina Fuentes pula wajah baharu yang turut sama disunting untuk menghiasi kempen the Heron Preston for Calvin Klein.
Artikel berkaitan: Amber Valletta Reka Beg Buat Karl Lagerfeld