Sebagai langkah untuk memperkasakan anak-anak muda, Monki memperkenalkan kempen istimewa ‘Salute Sisterhood’, juga sempena meraikan Hari Wanita Sedunia 2021. Monki terus berkembang dalam memperjuangkan kesaksamaan gender demi menghapuskan stigma dengan melaksanakan kerjasama serta menginspirasikan komuniti di seluruh dunia.
Kempen ‘Salute Sisterhood’ dilancarkan, seiring dengan koleksi kapsul yang mengandungi helaian asas yang cukup bergaya.
Kempen ini dirancang berlandaskan identiti Monki yang menyeronokkan, di samping itu membuahkan inspirasi dan idea segar dalam menegaskan isu-isu kewanitaan. Perihal kesaksamaan gender turut merangkumi keberanian bersuara, peluang untuk menjadi diri sendiri, serta bersatu bagaikan keluarga. Sepanjang Mac ini, pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan kewanitaan akan dianjurkan bersama rakan kolaborasi dan duta-duta kempen terbaharu ini.
Terdapat tiga wanita yang dianggap ikon masa kini, iaitu India Ysabel, Sonya Barlow, dan Honey Ross yang akan turut serta dalam aktiviti yang membincangkan topik keindividuan serta keterbasan gender dalam konteks fesyen masa kini. Tentunya, ia akan memberi manfaat yang buat mereka yang menyertai kempen tersebut.
Koleksi dedikasi Hari Wanita Sedunia ini, menampilkan beberapa helaian sebagai kunci gaya, seperti blazer oversized yang dihiasi lencana serta lining satin yang punya statement. Cetakan ‘sisterhood’ turut menghiasi kesemua rekaan yang terkandung, termasuklah leggings, crop top dan set hoodie yang menonjolkan gaya jalanan yang sempurna.
Menghangatkan lagi kempen ini, Monki berkolaborasi bersama Plan International untuk mereka dua baju panas yang serba eksklusif. Baju-baju panas itu meletakkan mesej-mesej mengenai kewanitaan pada permukaan baju. Tambahan lagi, 20 paratus dari hasil jualan rekaan ini akan didermakan kepada organisasi #GirlsGetEqual.
Artikel berkaitan: Levi’s Seiringkan Stail Dan Kelestarian Dalam Berfesyen