MENAMPILKAN ILHAM DAN GAYA YANG BERBEZA-BEZA, SESUAI DENGAN VISI KREATIF YANG DIUSUNG PARA PENGARAH KREATIF PADA ERANYA MASING-MASING. DEDIKASI PRA-MUSIM LURUH 2021, MOSCHINO TAMPILKAN DUA OLAHAN BAHARU, BIJOUX DAN THE BIKER BAG SEBAGAI AKSESORI PENDAMPING YANG PALING DITONJOLKAN.
BIJOUX BIJOUX BIJOUX

Menghidupkan kembali salah satu koleksi aksesori terkenal Franco Moschino, pengarah kreatif Moschino masa kini, Jeremy Scott mencipta rekaan bersifat ‘avant garde’ pada koleksi perhiasan tersebut, langsung memancarkan gaya kontemporari yang mewah. Terlihat bagaimana ia menggunakan aksesori Bijoux dengan berbagai macam gaya pada peragaan pra-musim luruh 2021.
Merangkumi dari tali pinggang logo Moschino yang khas hingga kemewahan reka bentuk kalung balutan warna emas, koleksi ini menawarkan pelbagai gaya yang diselingi oleh motif utama setiap musim. Tiap rekaan dari rangkaian Bijoux menampilkan maskot teddy dalam kemasan emas dan set gaya beserta topi baret, kalung choker dan loket juga gelang yang memesonakan serta cincin punya statement.

Pembawaan yang disuguhkan oleh Jeremy Scott sentiasa memancarkan gaya yang sangat moden dan bernuansa playful, melalui motif yang dipersembahkannya untuk menjadi paduan senada mahupun kontra dengan persalinannya itu. Ternyata, Moschino tahu trik yang sempurna untuk bergaya lain daripada yang lain.
Koleksi Moschino Bijoux Bijoux Bijoux dilancarkan sekali bersama kempen yang digayakan oleh penata gaya kesukaan Scott, Carlyne Cerf dan menggunakan khidmata jurugambar, Luigi & Lango. Model Ugbad Abdi dan Jessie Li pula terpilih untuk menggayakan koleksi tersebut dalam siri kempen itu.
THE BIKER BAG

Moschino terus setia dengan model klasiknya, the Biker Bag, namun tetap diolah dalam pelbagai bentuk dan rupa dengan corak jahitan yang unik. Nafas baru diberikan untuk kelangsungan trend.
Khusus pra-musim luruh 2021, Jeremy Scott menyunting motif dan palet warna pada reka bentuk klasik Moschino Biker Bag. Dibayangkan semula sebagai beg crossbody ukuran mikro, aksesori tali pinggang, klutch. Dan serangkaian aksesori tersebut diolah dengan cetakan yang menonjol, denim, juga material kulit secara kolaj. Elemen-elemen tersebut semuanya direka dalam warna yang bervariasi. Membuat kilap the Biker Bag musim ini menjadi pusat perhatian utama.
Moschino Biker Bag yang ikonik mencipta statement utama yang secara langsung meningkatkan gaya peribadi.
#MOSCHINO
Artikel berkaitan: 7 Sandal Wanita Terbaru, Kunci Gaya Kekinian