Bold, glamour and festive! Itu tiga perkataan yang tepat menggambarkan himpunan musim percutian Swarovski. Tambah mempesona dengan kemunculan bintang filem Wicked, yang juga merupakan duta global Swarovski sendiri, Ariana Grande.

Melihat satu persatu foto kempen Holiday Collection Swarovski, ia benar-benar membias mood penuh suka, tawa, keseronokan dan semestinya menonjolkan atmosfera gaya yang cukup glamor dan mewah.
Dan penampilan Ariana Grande di dalam kempen ini juga membuahkan ilham dalam hal penggayaan. Kita sendiri boleh merujuk dan mencuri idea styling dari gaya yang ditonjolkan oleh pelantun ‘Eternal Sunshine’ ini. Ada yang bold dengan gabungan beberapa item dalam satu gaya, ada yang lebih minimalis namun masih menyerlah. Dan inilah kelebihan rekaan Swarovski, ia versatil. Tidak terbatas pada satu gaya semata.

4 KOLEKSI MENYUNTIK GAYA GLAMOR & MEWAH
Istimewa musim percutian ini, Swarovski membariskan empat koleksi ini sebagai highlight utama yang rekaannya seiring dengan mood musim percutian atau gaya serta sebagai penyempurna gaya festive season.
Ariana Grande x Swarovski Capsule Collection
Semestinya EH! mahu anda memberi perhatian kepada koleksi kapsul ini. Idea serta rekaan setiap satu item dari koleksi ini diilhamkan bersama oleh Ariana Grande dan Pengarah Kreatif Global Swarovski, Giovanna Engelbert. Ia menonjolkan ciri Old Hollywood Glamour yang dijadikan rujukan dan inspirasi. Rekaannya jika dilihat sekali pandang memang sudah tampak jelas glamor dan ada sedikit sisi ‘manis’, semanis personaliti Ariana Grande sendiri.
Millenia Yang Bold
Rekaan koleksi ini boleh dikira bold kerana pemilihan batu kristal yang lebih besar. Namun ia tidak bermakna ia over the top, kerana jika bijak disuai padan ia masih punya vibes minimalis jika betul penggayaannya. Bayangkan gaun hitam polos dengan seutas rantai dari koleksi ini? Ia beri nadi gaya old money pada penampilan. Jika mahu gaya yang lebih ekstravaganza, boleh pakai lebih dari satu rantai, mungkin dua atau tiga, lebih bold!
Matrix Yang Sleek
Gaya sleek namun ada statement, inilah koleksi yang sesuai untuk mereka yang serasi dengan gaya kemas dan moden. Tarikan utama koleksi Matrix tentu sekali pada sentuhan kristal hijau yang mencetus keunikan pada rekaannya.
Constella Yang Feminin
Koleksi Constella diinspirasikan daripada suasana galaksi, dengan kilauan bintang yang berkelipan di waktu malam. Namun dari segi rekaannya, Constella tampil dengan idea yang sangat feminin. Rekaan koleksi ini sangat sesuai untuk gaya yang glamor dan kewanitaan. Satu statement gaya yang lebih formal.

SET BINGKISAN SWAROVSKI
Masakan sempurna musim percutian tanpa pemberian hadiah istimewa. Swarovski menawarkan pelbagai pilihan yang akan menjadi jawapan bagi pencarian bingkisan bermakna anda.
Wicked Collection
Demam ‘Wicked’ kembali membahang hujung tahun ini memandangkan sekuel filem tersebut mula ditayangkan. Swarovski mahu meraikan musim percutian dengan himpunan istimewa ini yang cukup magis dan fantasi. Setiap perhiasan dan figura menangkap magis Oz yang mempesona, membawa sentuhan warna yang penuh kemilau.
Gift Joy: Set Barang Kemas Swarovski
Sempurna sebagai hadiah, set barang kemas terpilih ini membawa sentuhan kilauan dan keanggunan untuk setiap acara. Daripada himpunan Matrix Tennis Set yang mempesona—menampilkan loket dan anting-anting dengan Swarovski Crystal Pearl putih serta Swarovski Zirconia potongan bulat—hingga Una Angelic Set bernada emas yang memukau dengan kristal potongan bulat dan perincian pavé, Magic Set yang diinspirasikan bentuk kepingan salji, dan Constella Set dengan susunan kristal bercorak kosmik, setiap rekaan dihasilkan untuk glamor yang bersahaja.
Teddy Bag Charm
Salah satu trend popular ketika ini ialah bag charms dan Swarovski juga mahu peminatnya memiliki bag charms yang lebih mewah dan glamor dengan charm teddy 3D ini. Dihasilkan daripada kulit dan dihubungkan dengan penyambung oktagon rona emas, ia menampilkan kristal pelbagai warna untuk charms yang ceria dan sofistikated. Pilihan paling comel untuk dipakai sendiri atau dijadikan pemberian istimewa.
Holiday Cheers Santa Story Set
Hidupkan magis musim perayaan dengan set koleksi Santa ini, menampilkan Santa bersama papan luncur, seekor rusa kutub, Elf yang comel serta bingkisan yang sempurna dengan ikatan reben. Rekaan dan item penuh warna ini tampil lebih mewah dengan sentuhan loga berona emas. Lebih istimewa set ini hadir dalam bungkusan kotak eksklusif sempena ulang tahun Swarovski ke-130.
Klik pautan INI untuk melihat lebih banyak aksesori dari Swarovski dan juga informasi tentang promosi terkini.



































