Nazifi Nasri saya rumuskan sudah berjaya membina kelompok peminat sandalnya sendiri. Hari ini, tidak banyak jenama sandal atau footwear lokal khususnya untuk lelaki berada di pasaran, dan dia berjaya membuka pasarannya sendiri.
Nazifi Nasri berkongsi rencana masa depannya dalam mengemudi label aksesori miliknya sendiri. Hasratnya mahu apabila nama Nazifi Nasri disebut, orang tahu apa yang dia tawarkan. EH! menemubual anak jati Johor ini.
Bagaimana tercetusnya minat mereka sandal?
Semuanya bermula pada tahun 2014, sewaktu di universiti, sandal adalah aksesori harian saya ke kelas. Pada waktu itu agak sukar mendapatkan sandal di pasaran dan jika ada sekali pun ia datang dari jenama antarabangsa dan harganya agak mahal, dan dari situ tercetusnya idea untuk mengeluarkan sandal pada harga mampu beli.
Berpandukan jualan/belian sandal oleh pembeli anda, apa yang boleh anda simpulkan tentang cita rasa mereka?
Apa yang boelh saya katakan, ada dua pasaran mengikut kategori umur, kelompok yang lebih dewasa, mereka sukakan sesuatu yang lebih ringkas, kemas dan mudah untuk disarung. Manakala satu lagi kumpulan yang lebih muda pula mereka lebih suka kepada sandal yang mempunyai banyak tali.
Apa pendapat anda tentang sokongan orang kita terhadap jenama fesyen lokal?
Pendapat saya tentang ini, jenama fesyen tempatan ketika ini sedang berkembang dengan cukup baik (booming) dan berpotensi untuk bersaing dengan jenama dari luar. Masyarakat kita juga semakin supportive, mereka biasanyacenderung membeli jenama lokal khususnya ketika musim perayaan dan ada juga yang memang looking forward kepada koleksi baru. Good job!
Ke mana arah label Nazifi Nasri yang anda mahu bawa? Bayangannya lagi 10 tahun, apa yang mahu dicapai?
Saya mahu membawa Nazifi Nasri ke satu peringkat yang bila orang terdengar atau terlihat Nazifi nasri orang terus teringatkan sandal ataupun footwear. Lagi 10 tahun saya mahu kembangkan lagi jenama saya ke pasaran yang luas dan meluaskan lagi pasaran produk saya termasuklah himpunan untuk wanita.
Apakah highlight untuk koleksi terbaru ini?
Setiap sandal adalah produk best seller oleh Nazifi Nasri pada tahun 2015 hingga 2020. Jika anda lihat, rekaannya pelbagai, dari minimalis hingga ke rekaan yang lebih elaborate. Secara tidak langsung ia menunjukkan penggemar Nazifi Nasri punya cita rasa yang pelbagai.
Anda lebih cenderung mereka himpunan buat lelaki, mengapa tidak mahu melebarkan ke pasaran pembeli perempuan yang jelasnya punya pasaran yang lebih luas.
Pada saya, saya perlu fokus kepada men’s market dahulu kerana agak sukar untuk menambat pasaran ini kerana kuasa beli lelaki untuk jualan did alam talian agak rendah kerana mereka lebih suka untuk pergi ke butik, lihat dan beli. Saya boleh katakan hari ini 90 peratus pembeli saya adalah lelaki. Buat masa ini saya mula melancarkan rekaan untuk wanita secara perlahan-lahan dan saya rasa untuk menambat pasaran wanita lebih mudah kerana mereka punya buying power yang lebih tinggi.
Read More: Bvlgari Serpenti, Tas Tangan Bergancu Kepala Ular Bernafas Baharu
Mereka kasut dan sandal agak tricky, antara mengikut arus trend, pengaruh rekaan jenama yang sudah establish, bagaimana anda mengimbangi antara trend dan DNA Nazifi Nasri?
Ya, mereka kasut sangat tricky kerana ada banyak brand international di luar sana yang sudah monopoli industri, tetapi saya cuba untuk tidak terlalu mengikut trend kerana pada saya trend tidak bagus untuk small business. Jadi saya cuba untuk kekal berlandaskan dengan DNA saya dan keluarkan rekaan yang bersifat timeless, yang boleh digayakan ke mana-mana saja, baik ke pantai, majlis perkahwinan ataupun bersantai pada hujung minggu.
Apakah pengalaman paling berharga sejak anda melancarkan Nazifi Nasri?
Pastinya apabila saya dapat kenal dengan ramai orang khususnya my beloved customers. Dan dapat lihat wajah mereka yang menghargai dan suka my product is priceless.