Jenama tas tangan dan barangan aksesori tempatan berkolaborasi dengan bintang terkenal tanah air, Neelofa dalam menghasilkan Lofarbag.
Arus fesyen tempatan bakal dihangatkan dengan kolaborasi pereka tas tangan tempatan, Sometime by Asian Designers (Sometime) bersama ikon fesyen dan selebriti popular, Neelofa dengan koleksi Lofarbag. Ia bakal dijual menerusi portal beli-belah atas talian, Zalora.
Koleksi ini mencerminkan kejayaan Neelofa dalam tiga karater utama iaitu Cofidence, Graceful dan Fun. Bukan mudah untuk menghasilkan kolaborasi ini menurut Ketua Produk Sometime, Nicole W.
"Neelofa adalah pengaruh fesyen luar biasa di seluruh dunia. Ia penting bagi kami untuk mencipta beg yang menonjolkan identiti sebenarnya dan memberi inspirasi kepada khususnya pengikutnya dan wanita di luar sana."
Menurut Neelofa, "Sebagai duta fesyen dan usahawan, saya mendapati bahawa kita mudah terbabas mengikut trend dan fesyen semasa. Saya sendiri gemar melihat cermin ketika saya bersiap untuk ke majlis. Sering kali saya terduduk dan memikirkan pakaian apa yang sesuai dengan personaliti saya."
Bagi penggemar tas tangan yang sukakan rekaan yang ringkas dan top-notch craftmanship, Lofarbag pastinya boleh menjadi pilihan anda selepas ini.
Bersandarkan latar belakang Neelofa dan tanggungjawabnya, tas tangan ini direka cukup kemas dan praktikal. Siluet besar yang hadir dengan sling sangat sesuai untuk dipakai kala waktu siang untuk wanita yang multi-tasking contemporary tetapi masih mahu kelihatan profesional pada waktu siang dan versatil pada waktu malam.
Yang paling penting, Lofarbag dihasilkan dari vegan leather, menjadikan ianya satu koleksi tas tangan yang berkualiti tinggi. Ia hadir dalam sembilan rona yang tidak akan ketinggalan zaman seperti hitam, maroon, navy, coklat gelap, oren, merah, biru muda, nude dan mocha yang mana masing-masing mudah untuk dipadankan dengan gaya harian.
Dengan harga RM259, peminat tas tangan yang sukakan konsep minimalism patut masukkan tas tangan ini dalam senarai mesti ada dalam gerobok fesyen. Produk ini boleh mula didapati di portal www.zalora.com.my dan www.zalora.com pada 29 Ogos 2018, bermula jam 11pagi.