Teks : Khairul Abidin
Neelofa berpendapat coverage yang diterimanya sepanjang berada di Milan Fashion Week sungguh menakjubkan.
Milan Fashion Week sudah berlalu, dan khabar sugul mengapungi udara dunia fesyen pabila pereka legenda Karl Lagerfeld menghembuskan nafas terkahirnya pada 19 Februari 2019. ‘Air tangannya’ yang terakhir untuk rumah fesyen FENDI dipentaskan dua hari selepas pemergiannya. Jadi siapa selebriti lokal yang bertuah dijemput menyaksikan himpunan akhir itu? Tidak lain tidak bukan, Neelofa selain Scha Alyahya dan Awal Ashaari.
Sepanjang berlangsungnya Minggu Fesyen Milan (MFW), kita disajikan dengan update terkini pengalaman hos Meletop ini sepanjang dia berada di sana. Selain pelbagai pertunjukkan yang dihadirinya, saya sendiri seronok melihat gaya dan penampilan Neelofa sepanjang berada di sana.
Menurut Neelofa dia sebenarnya sangat teruja bila mendapat tahu dia diundang menghadiri Milan Fashion Week. “Of course saya sangat excited memandangkan ini kali pertama saya berpeluang menyaksikan sendiri beberapa pertunjukkan di MFW, lebih-lebih lagi bila dijemput label-label yang saya sendiri suka.”
Antara jenama mewah yang mengundang Neelofa ialah Salvatore Ferragamo, MaxMara, Fendi termasuklah Prada yang mana dia mencatat sejarah menjadi selebriti Malaysia pertama yang duduk di bangku utama pertunjukkan jenama popular itu. Sebelum ke Milan, Neelofa terlebih dahulu singgah ke London untuk menyaksikan himpunan terbaru Erdem.
Tambah Neelofa lagi, “setiap show yang saya hadiri saya belajar sesuatu yang baru. Saya kenal orang baru, suasananya berlainan dan belajar tentang fesyen itu sendiri. Saya berharap kunjungan saya ke MFW di masa akan datang akan lebih tersusun dan memberi lebih exposure. Melihatkan coverage yang saya terima kali pertama ini saya anggap ia sangat menakjubkan. Saya percaya imej saya yang berhijab membuatkan orang lebih mudah mengenali saya,” jelasnya yang wajahnya dirias jurusolek terkenal Khir Khalid sepanjang berada di London dan Milan.
“Milan will be my next favourite stop yang akan saya nanti-natikan bila tiba musim fesyen,” tambah Neelofa mengakhiri bicaranya bersama EH!