Ikon sukan dan pemain bola ternama, Neymar Jr. diumumkan sebagai duta global PUMA pada September lepas. PUMA bersepakat melanjutkan kerjasama dengan personaliti sukan pula sebagai simbol jenama tersebut adalah untuk semua. Tidak terhad kepada sesuatu golongan sahaja.
Kerjasama PUMA dan Neymar Jr. telah menghasilkan siri gambar yang menampilkan koleksi ikonik sniker Suede yang diolah dalam pelbagai stail. Siri gambar ini merupakan kolaborasi PUMA untuk portal Highsnobiety. Jarang-jarang sekali kita dapat lihat gaya Neymar Jr. di luar padang. Penggambaran tersebut menata Neymar Jr. dalam tiga stail yang berbeza-beza.
Penataan gaya yang pertama, melihatkan Neymar Jr. dalam padanan sut merah melambangkan- sisi formal Neymar Jr. Turut menunjukkan bahawa Neymar tampak ‘stylish’ jika menggayakan ‘coloured suit’.
‘Look’ kedua Neymar Jr. menampilkan gaya ringkas, yang mana hanya berseluar hitam tanpa baju dan fokusnya adalah pada sniker Suede PUMA. Imej tersebut menjadi kebiasaan Neymar Jr. terutamanya sewaktu di padang. Tubuh atletik Neymar Jr. dipamer buat tatapan pengikut-pengikut Neymar.
Gaya ketiga mencadangkan imej cool dan terkini. Neymar memakai kemeja putih dan seluar hitam, dipadankan dengan Suede PUMA. Selaras dengan trend semasa yang menggabungkan heladan formal dengan sniker yang tentunya menyerlahkan imej kesukanan moden.
Menurut Pengarah Kreatif PUMA, Heiko Desens, kerjasama pertama Neymar dan PUMA adalah sewaktu pengenalan kepada koleksi but bola PUMA King. Pendapatnya lagi, adalah sesuatu yang mengagumkan buat PUMA pabila menampilkan Neymar dalam koleksi yang terarah fesyen dan gaya hidup. Tambahan lagi, sudah menjadi trend sejak dahulu lagi untuk meletakkan personaliti sukan sebagai wajah kempen untuk produk-produk fesyen.
Artikel lain: Selena Gomez Bergaya Dengan PUMA Carli Remix