Berita baik buat pencinta fesyen ‘street style’. Nike mengumumkan kerjasama terbaharu bersama 3M. Bukan calang-calang rakan kolaborasi kerana 3M sekarang merupakan syarikat penyelidikan dan inovasi yang sedang mencipta nama. Sebelum Nike, 3M pernah menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama fesyen dan gaya hidup lain dalam membangunkan industri fesyen.
Melalui kerjasama ini, 3M mengkomersialkan penginovasian yang cemerlang terhadap himpunan ikonik Nike, termasuklah Force, Air Max dan Blazer. Menurut wail 3M, Brian Rice selaku Timbalan Presiden bahagian penjenamaan dan reka bentuk, hasil kolaborasi ini memfokuskan kepada nilai-nilai inovasi yang cukup terdepan dan berteknologi tinggi dalam usaha memperkasakan pengalaman konsumer di masa akan datang.
Reka bentuk koleksi ini mengekalkan yang asal. Namun, diperbaharui melalui butiran yang ditampilkan. Untuk rangkaian Force, Tag “NIKE” dalam warna merah diletakkan pada lidah kasut dan diseimbangkan dengan tali kasut berwarna putih. Rekaan sniker tersebut dipertingkatkan lagi dengan adanya 3M Swoosh woven ada sisi kasut yang melambangkan kerjsama kreatif mereka. Logo “3M” dihiaskan secara berulang untuk mencipta trend ala monogram, yang mana kekal menjadi trend kegemaran kebanyakkan penggemar gaya jalanan. Trend tersebut mendefinisikan ‘the new luxury’.
Perihal warna pula, tiap rekaan yang terkandung (Force, Air Max & Blazer) menawarkan warna yang pelbagai supaya dapat memenuhi kehendak penggemar gaya jalanan. Tambahan lagi, memudahkan trik penggayean dilaksanakan, dengan adanya himpunan sniker yang cukup berkarakter. Memberi ruang buat si fesyenista untuk tampil dalam ilham dan warna kesukaan. Gaya jalanan anda bertambah ideal sekiranya menyarung salah satu rekaan sniker dari himpunan Nike x 3M.
Artikel berkaitan: Nike Victory Swim Khusus Wanita Muslimah