Akhirnya atlet wanita muslim di seluruh dunia boleh tampil lengkap dengan pakaian sukan profesional setelah Nike mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Nike Pro Hijab.
Produk tersebut buat pertama kali di paparkan di dalam video kempen viral bertajuk, ‘What Will They Say About You?’ dan dijangka akan dilancarkan pada musim bunga tahun 2018.
“Nike Pro Hijab dianggarkan telah lebih setahun dalam pembikinannya, tetapi dorongan dapat dikenal pasti lebih meningkat serta anjakan budaya yang berterusan telah menunjukkan lebih ramai wanita yang berjiwa kesukanan,” kenyataan dari Nike.
Pro Hijab akan direka dari fabrik mesh ringan yang bercirikan lubang-lubang halus untuk memberikan pengudaraan yang optimum. Meskipun Nike sudah agak lama komited terhadap kepelbagaian dan baru-baru ini mereka baru sahaja melancarkan koleksi khas untuk mereka yang bertubuh besar, ini adalah pertama kali Nike ingin melancarkan item istimewa buat atlet wanita yang beragama Islam.
“Nike Pro Hijab telah dicipta setelah mendapat pendapat terus dari atlet-atlet sukan yang mana mereka memberitahu kami yang mereka memerlukan produk sukan yang profesional untuk mereka melakukan yang terbaik. Kami berharap di mana item ini akan menolong atlet di seluruh dunia untuk bersukan dengan baik,” kata Jurucakap Nike Global, Megan Saalfeld kepada Al Arabiya English.